Pelakon Jaa Suzuran mengulas mengenai berita penangkapan membabitkan abang dan kakak iparnya, yang juga penyanyi lagu popular Bey Soba Bey, Eda Ezrin, bersama empat lagi rakyat Malaysia di sebuah hotel di daerah Sungai Golok, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
Mereka telah ditahan pada 1 November tahun lalu, dipercayai bersama lebih 6,000 pil methamphetamine atau pil kuda.
Memilih Untuk Tidak Ulas Panjang
Ketika ditemui, Jaa akui terkejut dengan berita tersebut namun tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan perkara terbabit.
“Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Susah saya nak jelaskan.
“Kalau contohnya kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.
“Kami sekeluarga sekarang hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan.
Ads
“Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian. Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah,” katanya kepada MH.
Jaa berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Soloz: Game of Life di GSC Starling, Petaling Jaya, pada Isnin.
Henti Buat Spekulasi
Tenang menjawab setiap soalan dan memahami tugas rakan media, Jaa bagaiamanapun meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi atau andaian tidak berasas mengenai kes sedang berjalan di mahkamah.
“Saya harap kita berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, kita tak tahu cerita sebenar yang terjadi pada waktu kejadian.
Ads
“Saya tidak dapat nafikan, kadang-kadang saya pun sebelum ini pernah terlepas daripada memberikan komen apabila sesuatu isu itu viral, walau hakikatnya kita pun tiada di tempat kejadian.
“Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap, memang saya nak bercerita. Sebab sudah tentulah, siapa yang tak mahu pertahankan keluarga. Betul tak?,” katanya lagi.
Menyedari bahawa kes yang berlaku mendapat perhatian dan liputan meluas, Jaa berkata dia tidak dapat menghalang orang ramai daripada terus bercakap, terutamanya di media sosial.
“Kadang-kadang saya memilih untuk tidak melayan komen yang ditinggalkan. Lagipun kita tak boleh nak salahkan mereka juga sebab benda viral.
Ads
“Siapa yang tak ikut (perkembangan kes)? Saya hanya mampu ‘tahan’ dan sabar sajalah. Kita nak marah pun tiada guna,” katanya lagi.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan lima yang lain dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Sungai Golok.
Eda dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35; bersama empat lagi individu termasuk Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdeka Mohd Noor, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.
Namun begitu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasuki dadah dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Kesemua tertuduh didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di Sungai Golok pada jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November tahun lalu, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Faizal Hussien menyatakan rasa syukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menjadi pilihan para pengarah meski telah mencecah usia separuh abad.
Menurut Faizal, 56, keikhlasan ketika bekerja dan sentiasa menjaga hubungan baik sama karyawan menjadi pendorong buat dirinya untuk kekal relavan sehingga ke hari ini.
“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin cara kerja saya yang membuatkan saya relevan sampai ke hari ini. Apabila kita bekerja, kita harus melakukannya seikhlas mungkin.
“Bekerja di hadapan layar ni bila kita tak ikhlas, reaksi tersebut akan jelas terpancar di wajah kita. Apabila kita ikhlas, segalanya akan berjalan dengan lancar.
“Malah, perhubungan antara saya dengan pekerja-pekerja filem yang menjayakan sesuatau projek juga baik.
“Saya tiada membezakan orang-orang di set. Saya layan mereka semua sama. Sebagai contoh mungkin hari ini dia membancuh air sahaja, siapa tahu 10 atau 15 tahu lagi dia pula yang jadi pengarah atau produser,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Buhonan itu ditemui di set lokasi program YouTube, #MHthrowback.
Ditanya mengenai sikap segelintir pelakon yang sering mengambil mudah mengenai kualiti lakonan mereka, ini reaksi jujur yang diberikan oleh bapa kepada dua cahaya mata itu;
“Perbezaannya pada zaman dahulu, stesen tv tak banyak dan job pun terhad. Jadi, tiap-tiap kerja yang dilakukan oleh pelakon lama ini selalunya seikhlas dan sebagus yang mungkin.
“Apabila zaman dah berubah, stesen tv dah banyak dan job pula berlambak-lambak, jadi tanggapan pelakon tu sendiri membuatkan mereka jadi kurang serius dengan kerja mereka.
“Bila job dah banyak, selepas satu projek ke satu projek, ia membuatkan seseorang itu rasa macam ‘Ah..Aku tak buat pun takpa. Di situlah hilangnya disiplin dan hubungan baik dengan pekerja-pekerja filem yang lain.
“Mungkin dia jadi riak atau sombong pasal dia dah popular pada zaman sekarang. Kalau zaman dulu, bila kita buat satu projek ini kita tak tahu projek akan datang. Mungkin itulah perbezaannya,” jelasnya lagi.
Tiga buah filem lakonannya yang bakal menemui peminat ialah Daddyku Gangster, Harum Malam dan Remp-it 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski terpalit pelbagai pertanyaan berhubung kontroversi, Amar Asyraf menjelaskan dia enggan mengulas lanjut peristiwa tersebut.
Didakwa menceraikan isteri kedua dengan talak tiga baru-baru ini, Amar memberi penjelasan bahawa isterinya, Arna Salleh lebih mengetahui apa yang berlaku.
“Kehidupan sekarang alhamdulillah. Saya okay sahaja dan tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Saya hanya ada seorang isteri dan enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Saya tidak mahu bercerita soal peribadi lagi. Cuma satu perkara yang boleh saya ulas, saya bukan minta maaf… saya minta izin.
“Sebenarnya dia tahu semuanya daripada mula. Dia lebih mengenali saya. Saya tidak mahu komen kerana ia akan menyinggung ramai orang.
“Pengajaran buat saya, berbincanglah dengan isteri sebelum membuat apa-apa keputusan,” ulasnya jujur.
Memohon agar orang luar tidak lagi mencampuri urusan peribadi dan rumah tangganya, Amar menambah, isteri turut berpesan agar tidak sesekali membuka mulut atas apa yang terjadi.
“Banyak akaun palsu yang membuat dakwaan namun saya tidak mahu menjelaskan apa-apa. Isteri lebih tahu.
“Isteri pun telah berpesan supaya jangan berkongsi hal peribadi kerana orang tetap akan nampak kesalahan kita.
“Memang saya bersalah cuma saya tidak mahu komen lebih lanjut. Saya bersyukur kerana isteri sangat memahami dan sangat baik. Dia memberi izin untuk saya berkahwin lain.
“Itu hal peribadi dan sepatutnya orang luar tidak perlu masuk campur,” katanya.
Terdahulu, aktor ini sewaktu ditemui pada majlis tayangan filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini.
Terdahulu, wanita dipercayai isteri keduanya, Vivi Jeffry mendakwa dia sudah diceraikan dengan talak tiga oleh suami pada 4 November tahun lalu.
Menerusi pendedahan sama, Amar bagaimanapun didakwa enggan bekerjasama dengan baik untuk menguruskan proses perceraian di mahkamah.
Dalam perkembangan lain, Amar turut membarisi filem terbitan A.Aida Production.
Filem arahan Bade Hj Azmi itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 27 Februari dan turut dibintangi barisan pelakon hebat lainnya seperti Nadia Brian, Mas Khan, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Oktovia Manrose dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dilihat mengisi masa dengan membawa dua anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah bercuti ke sebuah pulau peranginan.
Apa yang menarik, video yang dikongsi kedua mereka memaparkan momen ‘terbang’ ke pulau dengan menaiki helikopter!
Selebriti terkenal, Erra Fazira tidak menafikan dia memang sudah meninjau beberapa dewan acara, namun belum membuat sebarang tempahan untuk apa-apa majlis.
Menurut Erra atau nama...