Rapper terkenal Iran, Amir Hossein Maghsoudloo, atau lebih dikenali sebagai Tataloo, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Iran atas tuduhan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Keputusan ini, bagaimanapun, masih belum muktamad dan boleh dikemukakan untuk rayuan.

Menurut laporan daripada The Guardian dan akhbar Iran, Etemad, hukuman mati tersebut dijatuhkan selepas rayuan pihak pendakwa diterima untuk membuka semula kes yang sebelum ini menyaksikan Tataloo dihukum penjara lima tahun atas tuduhan penistaan agama.

Penyanyi yang pernah meraih populariti besar di kalangan generasi muda Iran itu telah ditahan di Turki pada Disember 2023 sebelum diekstradisi ke Iran.

Ads

Sejak itu, Tataloo telah ditahan dan menghadapi tuduhan baharu, termasuk dihukum penjara 10 tahun atas dakwaan mempromosikan kandungan tidak bermoral serta propaganda anti-kerajaan.

Karier muzik Tataloo, yang memadukan genre rap, pop, dan R&B, sebelum ini mencuri perhatian ramai.

Ads

Pada 2015, dia melancarkan sebuah lagu menyokong program nuklear Iran, dan pada 2017, dia muncul bersama bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam sebuah program televisyen.

Ads

Walaupun begitu, lagu-lagunya dikecam kerana didakwa membawa mesej yang tidak senonoh dan melawan norma negara.

Keputusan mahkamah ini sekali lagi mencetuskan perbincangan global mengenai kebebasan bersuara dan batasan seni di Iran.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI