Pelakon, Tracie Sinidol akui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai anak perantau di Kuala Lumpur demi mengejar impian sebagai anak seni.
Menurut anak kelahiran Tambunan, Sabah ini, agak sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga.
“Kehidupan anak perantau memang susah, mencabar dan banyak ujian yang tidak dijangka. Malah, kita juga akan terlepas momen-momen bersama keluarga.
“Kadang-kadang, ada majlis keraian pun kita tak dapat nak balik disebabkan jadual kerja yang tidak mengizinkan.
“Nak balik pun bukan mudah. Banyak proses yang perlu dibuat. Harga tiket kapal terbang juga bukan murah,” katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2021/22 berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Sidang Media Drama Gadis Masa di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Pada masa sama, Tracie tidak dapat menahan sebak bila mengenang kembali momen ketika mendiang neneknya meninggal dunia dan dia mempunyai jadual kerja di Kuala Lumpur.
“Saya jarang berkongsi kepayahan menjadi anak perantau ini. Antara momen paling mencabar adalah ketika mendapat berita nenek saya sakit kuat dan ketika itu, saya menjalani penggambaran di dalam hutan yang tiada talian telefon.
“Saya tahu berita tersebut agak lambat dan ketika itu, saya juga punyai beberapa komitmen kerja lain. Pada masa sama, saya juga mahu berada bersama keluarga.
Ads
“Hati saya sangat sakit kerana ketika itu, tiada tiket kapal terbang untuk pulang ke Sabah dan nenek saya sudah meninggal. Kalaulah boleh sampai dengan memandu, saya akan buat,” ujarnya sebak.
Enggan Keluarga Susah Hati
Ditanya adakah cabaran-cabaran seperti ini membuatkan dirinya bertambah kuat, ini reaksi Tracie;
Ads
“Saya masih mencuba yang terbaik. Ramai yang bertanya tentang cabaran yang saya lalui sepanjang berada di sini tapi saya tidak mahu tunjuk dan simpan sendiri.
“Saya sentiasa mencuba untuk menjadi kuat buat keluarga saya. Saya tak nak buat mereka susah hati. Saya hanya mahu buat yang terbaik agar mereka tidak berasa risau.
“Memang ada banyak penyesalan tapi mungkin ini cara Tuhan nak jadikan saya kuat.” akhirinya.
Terdahulu, Tracie bakal bergandingan bersama barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan Mira Filzah menerusi drama premium terbaharu yang berjudul, Gadis Masa.
Drama ini bakal ditayangkan di platform penstriman ‘over the top’ (OTT), Viu bermula 23 Januari ini pada setiap Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyayi yang juga bekas pelajar Akademi Fanfasia 2015 (AF2015) Aziah telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, 17 Julai lalu.
Berita gembira itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram dan beberapa foto sekitar majlis raja sehari pasangan turut mendapat ucapan tahniah dari kenalan.
“Alhamdulillah. Akhirnya graduate juga selepas 12 tahun sampai Master bah ambik course “Percintaan” ni.
“Akhirnya konvo juga. Syukur alhamdulillah, bermula dengan kawan sekolah, sekelas pula tu, dicuba2 nya ses jd gilpirinn nya, sdh bercinta mengharungi segala jenis ribut taufan melanda bersama juaaa hingga lah sah menjadi suami isteri, gituewww.
“Alhamdulillah terima kasih berikan pinjaman dunia ini ya Allah,” tulisnya.
Aziah pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan majlis yang dilangsungkan secara sederhana, baru-baru ini.
“Terima kasih keluarga dan kawan2 yang dtg memeriahkan lagi majlis kami yang sederhana ini.. Maaf andai ada yg tidak terbagi tahu, terlepas pandang.
“Jujur kami sekeluarga mulanya sukar untuk jemput semua atas sbb keadaan kita yg x baik.
“Tp alhamdulillah majlis yang sederhana ini cukup meriahhh dan ramai yang berkunjung, terima kasih banyak2, maaf andai ada kekurangan dgn majlis kami.
“Sesungguhnya yang buruk dari kami yg baik hanya dari Allah swt. Terima kasih,” titipnya lagi.
Bukan satu perkara mudah untuk diterima apabila kita pernah kehilangan sahabat tersayang.
Pelakon dan pelawak, Fad Bocey meluahkan rasa rindu terhadap sahabat tersayang, Allahyarham Abam Bocey yang telah meninggal dunia hampir 6 bulan yang lalu.
Dalam pada itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menitipkan doa Al-Fatihah buat arwah Abam di samping mengimbau foto kenangan bersama di Instagram.
“Aku rindu kau bam,AL FATIHAH salam subuh semua #syedumarmokhtar #kitabaikramaisayang #boceyselamanya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan agar roh arwah Abam dicucuri rahmatnya.
Terdahulu, Abam, 32, meninggal dunia dipercayai akibat demam panas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, setahun.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Bollywood, Salman Khan telah menerima ugutan apabila dua penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan di luar pagar rumahnya yang terletak di Bandra’s Galaxy Apartment, Mumbai.
Menurut laporan, tembakan yang dilakukan pada pagi Ahad lalu adalah bermotifkan ugutan. Pihak polis Mumbai mengesahkan bahawa enam tembakan telah dilepaskan.
Satu tembakan telah mengenai dinding perumahan terbabit manakala dua lagi peluru terkena pada balkoni unit yang milik Salman.
Selepas melepaskan tembakan, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan motosikal mereka di Gereja Mount Mary dan beredar menggunakan beca motor.
Sementara itu, samseng buruan Anmol Bishnoi yang kini menjadi pelarian di luar negara mengaku bertanggung jawab ke atas tembakan itu meerusi satu hantaran di Facebook.
Menyifatkan kejadian itu sebagai “treler”, Bishnoi didakwa menulis bahawa tembakan itu merupakan “amaran pertama dan terakhir” kepada Khan.
Bishnoi ialah adik kepada gangster yang dipenjarakan Lawrence Bishnoi, yang sebelum ini mengugut Salman Khan untuk meminta maaf kerana membunuh haiwan jenis blackbuck atau bersedia untuk menghadapi akibatnya.
Blackbuck, dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar di India, dihormati oleh komuniti Bishnoi sebagai penjelmaan semula Guru suci mereka Bhagwan Jambeshwar.
Pada 2018, Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda Rs10,000 (RM572) kerana membunuh dua blackbucks di Rajasthan semasa penggambaran untuk filem Bollywood Hum Saath Saath Hain pada 1998.
Pelakon tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin hanya dua hari selepas sabitan.
Dalam laporan terkini, salah seorang daripada penembak upahan yang dikenali sebagai Vishal telah pun ditahan oleh pihak berkuasa Mumbai. Vishal yang juga dikenali sebagai Kalu mempunyai sejarah jenayah lampau sejak 2020.
Dia dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan Lawrence Bishnoi dan terkait juga dengan gangster, Rohit Godara.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.