Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Berita gembira itu dikongsikan penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.
Ads
“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tumpang gembira, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan buat pasangan yang sinonim menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.
Menerusi sitkom berkenaan, masing-masing menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setelah menjalani pembedahan Bariatrik.
Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.
Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi, Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu di sebuah bengkel kenderaan di Ampang, Kuala Lumput, kira-kira jam 7 malam, hari ini.
Menurut rakan sekerjanya, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.
“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya lapor kepada Harian Metro.
Sementara itu, rakan Bad dari kumpulan Indigo, Shah turut mengesahkan Bad meninggal dunia dalam satu hantaran di media sosial.
Cubaan Harian Metro menghubungi pemilik bengkel terbabit tidak berjaya, manakala bekas isteri Bad, penyanyi Ashira Aziz juga tidak memberi sebarang maklum balas.
Di Instagram, kali terakhir Bad memuat naik hantaran ialah tiga hari lalu berupa video yang meniup semangat kepada pengikutnya di platform itu supaya tidak berputus asa dan mengingati Allah setiap kali dilanda ujian.
Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.
Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.
Kemudian, Bad dan bekas isteri, Ashira mengumumkan yang mereka sudah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun tahun lalu.
Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas mereka sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.
Bad dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang belum tahu, Gunung Bromo merupakan antara salah satu gunung berapi yang masih lagi aktif yang terletak di Jawa Timur, Indonesia dan sekaligus menjadi menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktivivi mendaki gunung, termasuk pendaki dari luar negara.
Bagaimanapun difahamkan ada berlaku beberapa kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki dan perkara tersebut memberi ilham kepada syarikat produksi, PIM Pictures untuk menghasilkan filem seram berjudul Kutukan Sembilan Setan.
Penerbit naskhah berkenaan, Agustinus Sitorus memberitahu, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga rakannya yang mengalami kejadian mistik ketika mendaki gunung tersebut.
“Apabila diceritakan pengalaman itu, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.
“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik. Namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Arie selaku pengarah pula menjelaskan, Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.
Sebaliknya, dia cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.
“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahangunung Bromo itu sendiri.
“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satusama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Diedarkan syarikat D’ Ayu Pictures untuk pasaran di Malaysia, Kutukan Sembilan Setan telah ditayangkan di pawagam sejak 26 Oktober lalu dan ia merupakan filem sulung yang diedaran syarikat berkenaan untuk pasaran di Malaysia setelah tiga kali menerbitkan filem.
Ketiga-tiga filem yang dihasilkan itu adalah secara usaha sama dengan syarikat produksi di Indonesia.
Malah pihak D’Ayu Pictures turut berhasrat untuk membawa filem karya tempatan ke negara-negara luar selepas ini.
Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama empat rakan iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.
Namun, setibanya mereka di situ, ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan.
Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dan menyeramkan, mereka turut diganggu dengan kejadian misteri sejak hari pertama menginap.
Filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.