Kumpulan Jakel menerusi Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 bersama-sama jenama tudung Ariani yang menambah RM200,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim, di dalam satu acara rasmi baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti kami untuk saudara Islam di Gaza.

Malah, melalui suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

IKLAN

Sumbang RM3.5 Juta Ringankan Beban Rakyat Gaza; Jakel, Ariani Beri Sokongan Kepada Rakyat Palestin

Sumbang RM3.5 Juta Ringankan Beban Rakyat Gaza; Jakel, Ariani Beri Sokongan Kepada Rakyat Palestin Sumbang RM3.5 Juta Ringankan Beban Rakyat Gaza; Jakel, Ariani Beri Sokongan Kepada Rakyat Palestin

 “Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” katanya dalam satu kenyataan.

IKLAN

Tidak dinafikan, kemelut perang yang berlaku menyebabkan keadaan semakin mendesak apabila serangan turut disasarkan terhadap kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja yang sekaligus melanggar undang-undang peperangan antarabangsa.

Banyak nyawa telah terkorban syahid dan cedera, dan dengan hospital yang dibom, yang secara langsung menyebabkan bantuan perubatan juga menjadi sukar.

IKLAN

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa.

Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan, dan perubatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI