“Jika Tersalah Pilih Akan Jadi Sejarah Buruk,” – Foto Atas Pelamin Terima Kecaman, Amelina Amir Sharipuddin Akui Terasa Sebab…

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan penyanyi dangdut, Amelina Amir Sharipuddin mengenakan sepersalinan rona putih sambil duduk di atas pelaminan bersama seorang jejaka.

Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di hati para peminat yang ingin tahu adakah benar Amelina kini telah pun melangsungkan majlis pernikahannya.

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Amelina memaklumkan foto-foto berkenaan sebenarnya merupakan antara babak-babak yang dilakonkannya menerusi telefilem terbaru yang berjudul Akad Ibu Sejadah Rindu.

Pada masa sama, Amelina mendedahkan dirinya berasa sedikit tersinggung dengan reaksi-reaksi yang diberikan oleh segelintir pihak yang mengecam mengenai tindakannya itu.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai umurnya untuk kembali berumah tangga.

IKLAN

“Sentap lah! Ada yang amin kan! Ada yang kecam dan ada yg kata ‘sudah lah dah tua-tua pun nak kahwin ke’

“Ingat kak long tak laku ke? Bersusun tau, cenggini haaa. Sekali petik 10 yang LARIKKKK….tau,” tulisnya.

Jelas bekas peserta program Gegar Vaganza 5 itu lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana sekiranya tersalah pilih pasangan, kesannya akan kekal sampai bila-bila.

“Ingat, PERKAHWINAN akan jadi PERKARA terindah tetapi jika anda tersalah pilih PERKAHWINAN akan jadi SEJARAH TERBURUK dlm kehidupan mu,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Amelina dipertemukan dengan jodoh yang baik.

“Kalau betul pun apa salahnya kan, tetap maintain cantik.

“Betul, perkahwinan akan menjadi sejarah terburuk dalam kehidupan kalau tersalah pilih.

IKLAN

“Sabar kak, hidup kita memang selalu diuji.

“Tua-tua la perlu kahwin supaya ada kawan. Takpe kak, kalau ada jodoh, akak kahwin je tau. Kita doa tang baik-baik,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Akad Ibu Sejadah Rindu merupakan sebuah telefilem yang diarahkan oleh Siti Jasmina dan akan ditayangkan di saluran RTM 1.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Amelina Amir Sharipuddin