Pelakon Puteri Aishah mengakui foto hasil bidikan lensa Project Two-Pi dan CST Production yang dimuat naik menerusi Instagram baru-baru ini adalah sebagai persiapan menuju hari bahagianya tidak lama lagi.

Sopan mengenakan kurung polos putih dari Tangsi Tujuh, Puteri Aishah, 27, memberitahu setakat ini dia memilih untuk tidak memperincikan mengenai majlis nikahnya dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, proses persiapan sedang berjalan dan kini lebih 80 peratus siap.

“Ya itu foto ‘pre-wedding’ kami. Sejujurnya saya saja mahu berkongsi kepada peminat. Selebihnya biarlah pada hari bahagia semua tahu siapa si dia. Saya muat naik sebab tidak mahu ada yang ‘terkejut’ atau tanya ‘eh terus nak kahwin ke’ atau sebagainya.

IKLAN

“Siapa yang tahu, tahulah saya rapat dengan siapa. Malah kami pun sudah saling kenal sejak lebih dua tahun. Sesi ‘photoshoot’ itu pun baru sahaja kami buat.

“Yang lucunya, ada juga yang sangka saya sedang menjalani sebuah penggambaran drama kerana dari sisi, teman lelaki mungkin iras seorang pelakon lelaki lain. Sebab ada yang cakap wajah mereka yang hampir sama menyebabkan ada yang terkeliru,” katanya.

IKLAN

Berkongsi mengenai perancangannya selepas mendirikan rumah tangga, bekas finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid ini mengakui rutin hidupnya tiada banyak beza.

IKLAN

“Kami kenal ketika sama-sama tengah mengejar impian. Malah katanya, dua tertarik dengan sikap saya yang rajin bekerja. Malah biarpun sudah bergelar isteri selepas ini, saya tak mahu hanya ‘goyang kaki’ di rumah.

“Sebab saya memang impikan seorang suami yang boleh sama-sama bina hidup dalam keluarga. Bukan hanya bergantung pada pasangan semata-mata. Semoga selepas ini, kami berdua terus dimurahkan rezeki insyaAllah,” katanya lagi.

Puteri Aishah sebelum ini mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini bersama lelaki pilihan yang juga seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI