Debarannya kian terasa. Kini, kurang daripada dua hari sahaja lagi, juara Hero Remaja 2021 bakal dinobatkan.
Baru-baru ini, MH sempat menemu bual salah seorang finalis akhir iaitu Aqil Taqiuddin untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya sepanjang menyertai program realiti pencarian bakat yang kini memasuki edisi ke-11 itu.
Menurut Aqil, dia mahu memanfaatkan setiap waktunya di program Hero Remaja ini menimba seberapa banyak ilmu sebagai bekalan untuk melangkah ke dunia sebenar industri seni tanah air.
Malah, pelajar jurusan Diploma Sains Sukan dari UiTM Shah Alam ini juga mahu menggunakan peluang ini untuk membanggakan kedua ibubanya.
“Hero Remaja ini merupakan sebuah platform yang membuka jalan untuk saya bertapak di dalam industri seni. Bermula di sini, saya boleh bina kerjaya saya langkah demi langkah.
“InsyaAllah perkara pertama yang saya letakkan adalah untuk membanggakan kedua ibu bapa saya. Saya teringin sangat nak bagi sesuatu yang bermakna buat mereka.
Ads
“Sebagai anak, saya akan buat apa sahaja untuk menyenangkan hati kedua ibu bapa saya. Kebahagiaan mereka adalah keutamaan saya. Sabagai tanda menghargai pengorbanan mereka, saya ingin buat yang terbaik di Hero Remaja 2021,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini turut mengakui berasa amat bertuah kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya dalam setiap perkara yang dia lakukan.
“Mereka memang sentiasa menyokong saya. Sejak daripada kecil lagi, apa sahaja yang saya buat, mereka akan sokong saya 100%.
“Saya main bola mereka sokong, main rugbi pun mereka sokong juga. Sampilah ke Hero Remaja ni. Mama saya pesan untuk sentiasa buat yang terbaik dan keluarga semua akan support walau apa pun keputusannya nanti,” kongsinya lagi.
Ads
Menanam minat untuk bergelar sorang pelakon, namun Aqil mendedahkan perspektifnya terhadap dunia seni tempatan seakan berubah selepas bertemu dengan pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi
“Sebelum Hero Remaja ni, saya pernah berlakon watak-watak kecil. Ikutkan kehendak hati, memang saya ingin meneruskan kerjaya di dalam bidang lakonan.
“Bagaimanapun, selepas saya menyertai kelas bersama Pak Nil sewaktu di Hero Remaja, ketika itu baru saya sedar yang saya ada bakat dalam bidang pengacaraan sebenarnya.
Ads
“Walaupun kelas tersebut hanya sekejap sahaja, tapi input-input yang dikongsikan oleh Pak Nil sangat-sangat berguna. Saya sememangnya berasa amat bertuah dan ingin berterima kasih kepada Pak Nil kerana mencungkil bakat saya itu.” akhirinya.
Terdahulu, Aqil bakal berentap bersama tiga finalis lain iaitu, Fazziq Muqris, Mierul Aiman dan Afiq Hamidon.
Pentas Final Hero Remaja 2021 bakal bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria dan On Demand pada 6 November ini bermula jam 9 malam.
Malah, peluang untuk mengundi 12 peserta bagi kategori Hero Favourite masih lagi dibuka dan hanya akan ditutup pada malam finale nanti.
Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang www.remaja.my/hero.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Faezah Elai mengakui dirinya berasa sangat takut untuk memegang haiwan peliharaan seperti kucing sejak kanak-kanak.
Faezah atau nama lengkapnya Noor Faezah Md Elai juga ada berkongsi cerita mengenai perkara tersebut di laman media sosial Instagram.
Bagaimanapun, Faezah memberitahu dia memiliki seekor kucing yang diberi nama Leo, kepunyaan anaknya.
“This is a story about a cat name Leo..I’m not a cat person.. I’m scared of cats.. drp kecik,klu tgh mkn,kucing lalu bwh meja,i will jump on the table seropa nampak rimau.
“None of my family members yg pencinta kucing.. mmg takut weh..
4 or 5 months ago,dengaq sora kucing so clear depan umah,sekali dlm engine kereta.
“Not sure how can he masuk dlm engine kereta.. punya lah lama nk bwk dia keluaq,last2 kena call pomen mai bukak habih kereta sbb nk amik si bulu ni.
“So we decided to adopt him.. my anak2 lah yg jaga dia,bwk pi vaksin bagai.. cheq tgk drp jauh ja.. takuttzzzz..,” tulisnya.
Meski demikian, pelakon berusia 38 tahun ini sudah mula menyesuaikan diri biasa dengan kehadiran kucing itu di kediamannya.
“The problem is si Leo ni dia mengikut mana cheq pi..i will start shouting like a mad women especially tgh tgk tv tetiba pusing2 tgk Leo dok sebelah relax join tgk K drama.
“Bila cheq menjerit,Leo will look at me dgn reaction yg tk dak perasaan.. mcm “hg ni pasaiapa pompuan gila?”
“Now I’m used to it.. selagi dia tk lompat ataih cheq,i’m ok.. dia akan teman me kt dapoq klu tgh masak.. dia ikut mana cheq pi..Buttttt.. i’m still scared to touch him.
“Pelik pasaipa dia tk takut kt cheq..normally kucing klu kita jerit dia lari.. Leo ni dia usharr kot tepi ja.. dunno why lah.. Now he is my teman memasak..lepaih ni suruh dia belajaq basuh pinggan..,” tulisnya lagi.
Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti ada menitip ucapan hari jadi buat anak lelakinya, Azriel Hermansyah yang ke-19 tahun.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Menghitung Hari itu di Instagram miliknya.
“Selamat Ulang Tahun @azriel_hermansyah , doa mimi & Omm @raullemos06 menyertai langkah jiel . semoga tercapai segala cita-cita. Amin yra 🙏🏼#2000 #nagaemas,” tulisnya.
Untuk rekod, Kris berkahwin dengan Anang Hermansyah pada 1996 dan bercerai pada 2009. Mereka turut dikurniakan dua org anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Hermansyah.
Kris kemudian berkahwin dengan Ashanty pada tahun 2012.
Foto : IG Krisdayanti, Azriel Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu klip video pendek daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai.
Entri terkininya yang dikongsi menerusi Instagram itu merakamkan dirinya yang sedang berada di dalam sebuah kereta mewah, jenama Audi berwarna putih.
Namun, Ebit tidak pula memberikan perincian mengenai tujuan ia dimuat naik atau siapakah tuan empunya kereta berkenaan.
Bagaimanapun, kapsyen panjang yang dikarang Ebit buat isteri serta keluarga seolah-olah menggambarkan kereta berkenaan adalah sebagai hadiah buat permaisuri hatinya.
Malah, perkara sama turut menjadi persoalan di kalangan wargamaya di ruangan komen.
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.
“Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.
“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” tulis Ebit.
Dia pada masa sama turut mendedahkan mengenai rutin yang dilakukan khas buat isteri.
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.
“Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.
“Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.
“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.
“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” jelasnya lagi.
Sementara itu, selain ramai yang membuat telahan pelbagai, wargamaya turut bercakap mengenai model kereta yang dikongsikan.
Terdahulu, umum sebelum ini sedia maklum figura yang sinonim dengan kerja amal itu turut mempunyai beberapa sumber pendapatan sebagai punca rezeki.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...