Instafamous yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose Sabrina bersyukur dan gembira apabila drama lakonannya, Kekasih Hati Mr Bodyguard mendapat tontonan baik di platfrom penstriman Disney+.
Drama rantaian yang bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 itu juga merupakan adaptasi novel karya Ateen Ahmad.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira menerusi Instagram turut rasa sebak atas sambutan positif yang diberikan.
“Alhamdulillah. After all the hard work, we made it team #kekasihhatimrbodyguard! Sebak bila dapat tahu berita gembira ni. Happy, proud tapi sedih.
“After setiap hari hidup dekat set rasa sedih kita dah sampai penghujung. Terima kasih @creativeskillsolution memberi kepercayaan dekat rose membawa watak sebagai Aralyn walaupun ramai yang mula susah untuk menerima rose dalam industri ni.
“Aralyn will always have a special place in my heart,” tulisnya.
Malah, dia turut mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang terlibat termasuk rakan pelakon, Redza Rosli.
“Thank you @redzarosli banyak bersabar, guide and selalu bagi semangat dekat set. Without you I won’t made it here. You work extra hard to make sure everyone look perfect on screen.
“Thank you juga abang @arieldmillan banyak beri tunjuk ajar. I will forever remember you guys. I wish we never have to say goodbye,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan kata semangat buat gadis berusia 23 tahun itu.
Selain Rose dan Redza, drama terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Suffian itu turut menampilkan Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Atas Doa Kalian Buat Hamzah Dan…,” – Balu Allahyarham Kini ‘Admin’ Instagram Abam Bocey, ‘Update’ Perkembangan Anak
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali menjelaskan akaun Instagram milik arwah suami kini diselia dirinya sendiri sejak semalam.
Pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan dia akan berkongsi perkembangan terkini anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini mencecah usia sembilan bulan atas permintaan ramai.
“Assalamualaikum. Kepada semua followers Allahyarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey). Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam.
“Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah,” tulisnya.
Nurhidah yang juga turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai selama ini yang terus memberikan sokongan.
“Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.
“Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak instagram untuk Account ini. Terima kasih kepada semua,” jelas Nurhidayah lagi.
View this post on InstagramA post shared by 🇲🇾 Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on
Terdahulu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pada pagi 10 Februari lalu, dipercayai akibat demam panas.
Arwah Abam mendirikan rumah tangga dengan Nurhidayah pada 8 Disember 2017.
Foto: Instagram Abam Bocik
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saluran Jantung Terkalih & Usus Tersumbat, Adik Shahir Shamin Perlu Kos RM95k. Mawar Rashid Tubuh Dana
Baru berusia setahun empat bulan, namun kondisi kesihatan adik Shahir Shamin Shuhardi cukup menyayat hati bagi yang melihat.
Menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit, ia secara langsung menyebabkan pelakon Mawar Rashid terpanggil untuk tubuhkan dana sumbangan laman Instagram bagi membantu keluarga ini.
Pelakon TQ Captain ini turut berkongsi beberapa barangan keperluan asas bayi ini dan turut memaklumkan akan berkunjung ke Kulim, Kedah bagi melihat sendiri penderitaannya.
“Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam.
“Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.
"Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu,” tulisnya pada satu entri video.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak ini turut memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM1.00 bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga ini.
“Mawar dah dapat reply daripada ibu baby comel ni. Ni antara barang2 keperluan baby comel ni.
“Mawar plan macam ni, Mawar akan collect derma dari you all. Pastu nanti Mawar akan update kat IG Mawar berapa kutipan yang you all semua dah bankin untuk baby comel ni.
“So Mawar boleh gi beli barang2 keperluan baby ni, termasuklah penapis air untuk baby lepas tu hantar. Jom kita sama2 tolong baby comel ni.
“Terima kasih semua. Walaupun RM1 pun akan membantu keluarga mereka. Semoga murah rezeki dunia akhirat semua
“Ni number account okay. CIMB Wan Arfan Rusyaidi 7063176312,” maklum Mawar.
Dia turut memuat naik kemas kini akaun bank bagi menunjukkan jumlah bantuan yang terkumpul.
Semoga bantuan daripada selebriti dan orang ramai yang prihatin mampu mengurangkan beban kanak-kanak ini.
Foto : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Buat Penonton ‘Naik Darah’, Drama I-Tanggang Papar Realiti Pesakit Munchausen Syndrome by Proxy
Bila sebut sahaja mengenai kisah dongeng ‘Si Tanggang’, perkara pertama yang terlintas di fikiran sudah tentu mengenai kisah penderhakaan seorang anak kepada ibunya.
Namun, bagaimana jika hal yang sebaliknya pula berlaku? Apakah definasi yang sesuai bagi menjelaskan mengenai situasi tersebut? Itulah yang ingin digambarkan menerusi drama siri terbaru terbitan Astro Original yang berjudul I-Tanggang.
Drama I-Tanggang ini mempertaruhkan naratif baru di mana ia memaparkan kisah seorang ibu yang mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, sumber pendapatan dan dendam.
Menurut salah seorang pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin, idea asal drama ini diinspirasikan daripada kisah pembunuhan seorang wanita yang menghidap penyakit mental Munchausen Syndrome by Proxy di Amerika Syarikat.
“Idea untuk menghasil drama siri ini tercetus ketika saya menonton salah satu talk show yang menampil seorang anak bernama Gypsy Rose Blancard yang merupakan mangsa kepada pesakit Munchausen Syndrome by Proxy.
“Gypsy Rose ini popular di Amerika Syarikat kerana kisahnya yang membunuh ibunya sendiri. Oleh itu, kami memutuskan untuk membuat research dengan lebih lanjut berhubung kisah ini.
“Munchausen Syndrome by Proxy ini merupakan sindrom dimana pesakitnya suka mendera orang lain bagi meraih perhatian ataupun wang ringgit.
“Kami juga sebenarnya agak terkejut dan tidak menyangka pihak Astro akan bersetuju untuk menerima idea kami,” katanya kepada MH.
Wan Hasliza berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama, I-Tanggang yang berlangsung secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, konsep derhaka itu sendiri amat meluas dan bukan hanya tertumpu kepada perilaku seseorang anak itu sahaja.
“Seperti kita tahu, Tanggang ini merupakan sebuah kisah dongeng yang menceritakan mengenai isu derhaka seorang anak. Jadi, kami memutuskan untuk mencabar kisah tersebut.
“Bukan itu sahaja, drama ini turut memberi fokus kepada konsep ‘derhaka’ itu sendiri. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut sahaja kerana banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada penderhakaan seseorang.
“Kisah Tanggang ini juga akan dikembangkan dan diberikan perspektif yang baru,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah babak-babak penderaan di dalam drama ini sudah ditapis, ini jawapan yang diberikan oleh
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad;
“Segala babak yang telah dirakam dan disunting, tiada satu pun yang akan ditapis. Semuanya akan ditayangkan.
“Babak-babak tersebut tidak akan dikeluarkan bagi memastikan penceritaan itu sampai kepada penonton. Apa yang kami ingin tekankan di sini adalah pada kekuatan mesej itu sendiri.
“Kami amat memerlukan keseluruhan babak untuk drama siri ini. Oleh itu, tiada tapisan yang akan dibuat,” ujarnya.
Drama yang mengetengahkan isu realiti kekeluargaan ini bakal menampil barisan-barisan pelakon hebat antaranya, Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar dan ramai lagi.
Drama premium 12 episod ini bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI