Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani akhirnya memaklumkan hubungannya bersama kekasih hati yang juga merupakan penyanyi, Shalma Eliana kini telah pun berakhir.
Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Ismail memaklum dia dan Eliana kini memilih untuk membawa haluan mereka sendiri bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya masing-masing.
“Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana.
“Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang telah berlaku dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengenali diri saya dengan lebih lanjut,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ditanya adakah perhubungan tersebut berakhir disebabkan orang ketiga atau pun salah seorang berlaku curang, ini jawapan yang diberikan oleh penyanyi lagu, Bidadari itu;
Ads
“Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up.
“Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat,” kongsinya lagi.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga sempat mendapatakan reaksi daripada Eliana sendiri berhubung kisah percintaan mereka itu.
Jelas Eliana, kedua-dua mereka masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus mereka pelajari.
Ads
“Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang.
“Walau apa pun yang terjadi diantara kami, tiada apa-apa kerugian pun sebenarnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Naik ini turut memberitahu, cincin berlian yang pernah diberikan oleh Ismail sebelum ini sudah tidak ada lagi bersamanya.
Ads
“Dia selalu bagi saya hadiah. Saya pun begitu juga. Saya rasa perkara tersebut adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.
“Lagi pun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku,” luahnya.
Berkongsi mengenai cincin tersebut, Ismail memaklumkan dia dan Eliana telah pun bersepakat untuk membuangnya ke dalam sungai.
“Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Sebelum ini, saya dan Eliana ada pergi berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah momennya.
“Meskipun ia merupakan detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan,” akhirinya.
Sumber: Youtube Melodi & Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang diadaptasi menerusi kisah sebenar gangguan ketukan misteri yang tular baru-baru ini telah pun menemui penonton pada Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.
Lalu, para peminat genre seram turut memberikan reaksi sejurus menonton naskhah lakonan mantap Ellie Suriati, Riezman Khuzaimi, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi itu.
Menerusi pemerhatian MH, pengguna media sosial ada memberikan pelbagai reaksi pada akaun Instagram @bambam_studios terhadap telefilem arahan Azmir Affandi itu.
Rata-ratanya memberikan maklum balas positif selain memuji kualiti lakonan para pelakonnya, terutama Ellie Suriaty.
Malah baru-baru ini juga tular di media sosial mengenai sepotong video yang merakamkan Ellie sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berkenaan.
Telefilem tersebut turut menjadi trending hasil carian di Twitter.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kurang sebulan bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Aina Abdul mendedahkan progres persiapannya untuk persembahannya bagi Puas Sudah masih belum mencecah 50 peratus.
Bagaimanapun, Aina tetap menyuarakan keyakinan mahu memberikan persembahan terbaik demi peminat.
“Saya sedang bekerja keras bersama ‘team’. Tahun ini persembahan saya akan menggambarkan kekuatan sebenar untuk lagu ‘Puas Sudah’. Lagu ini sangat penting buat saya kerana ia menceritakan banyak perasaan dan emosi.
“Kalau saya bercakap lebih nanti tak jadilah rahsia. Saya berharap semua pihak dapat menantikan persembahan saya pada AJL39 nanti,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu ini berkata sedemikian ketika ditemui acara Mega Live AJL39 di Petaling Jaya pada Jumaat.
Pentas AJL Sentiasa Beri Tekanan
Meskipun kerap bertanding di AJL, Aina tidak merasakan ia sebagai kelebihan sebaliknya, dia sentiasa berada dalam keadaan tertekan untuk memenuhi harapan banyak pihak.
“Makin banyak peluang yang diberikan kepada saya di AJL ini, makin ramai yang mempertikaikan kedudukan saya dalam industri.
“Apabila saya berada di tahap ini, orang mungkin ingat saya selesa tapi sebenarnya tidak. Saya sentiasa berada dalam tekanan dan rasa diuji dengan pelbagai keadaan.
“Saya kini berada di posisi di mana saya perlu bekerja lebih keras daripada sebelum ini untuk mengekalkan diri saya dalam industri,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai kos persembahan, Aina akui akan tetap berhabis seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
“Tiap-tiap tahun saya memang berhabis kerana bagi saya pentas AJL ini sangat istimewa. Kalau saya tidak meletakkan sepenuh hati, saya rasa seperti ada yang tak kena.
“Sepenuh hati itu juga membawa maksud kepada kos yang akan dilaburkan. Industri ini adalah pinjaman untuk semua dan saya sangat hormat dengan pentas AJL.
“AJL adalah pentas keramat yang membuka pintu rezeki buat saya. Saya tidak akan ‘khianati’ AJL. Saya akan bekerja keras buat AJL seperti ia hari terakhir saya di dunia ini,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syukur, kebelakangan ini semakin ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara kekal.
Perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat, malah penampilan yang kini bertudung dan menutup aurat sekali gus membuatkan diri mereka tampak lebih ayu.
Jadi, ini dia barisan selebriti yang tampil mengenakan hijab setakat September ini.
Ernie Zakri
Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial.
Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.
Bagaimanapun, niat tersebut kian kuat selepas seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Mengambil keberkatan Syawal, penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun.
Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Lebih menyentuh emosi, Kilafairy ada memuat naik video yang merakamkan aksi spontan bapa, saat mengenai dirinya sudah pun kekal bertudung.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.
Pelakon yang juga penyanyi bersama-sama kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”
Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.