Penyanyi Hafiz Suip tidak menafikan mengenai tekanan yang diterima sekiranya individu itu sering ditanya mengenai perubahan fizikal.

Mengakui dirinya kini berada dalam keadaan yang sihat, namun dia bersyukur sekiranya ada yang benar-benar prihatin tanpa memberikan tuduhan yang tidak berasas.

“Apabila kamu ditanya soalan membabitkan ibu bapa, isteri atau mentua. Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Memang tertekan sebab saya manusia biasa, menjadi artis hanyalah sebuah kerjaya.

“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan. Saya sihat, tapi apa yang orang lain nak sampaikan daripada pertanyaan mereka?

“Sekiranya mereka benar-benar prihatin saya ucapkan alhamdulillah,” katanya.

Menurut Hafiz, dia juga telah membuat pemeriksaan secara alternatif sebelum ini turut risau jika soalan sama berulang kali ditanya boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

“Jika memang ingin concern jumpa terus atau call secara personal. Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain seterusnya beri tanggapan yang pelbagai.

IKLAN

“Nanti daripada saya sihat, terus jadi sakit sebab tertekan,” katanya lagi.

Hafiz berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku, sebuah lagu duet bersama Ernie Zakri yang dilangsungkan secara maya pada Jumaat.
“Jika Manusia Dilempar Bermacam Tuduhan Memang Boleh Tertekan,” – Hafiz Suip Respon Soal Fizikal, Terharu Pada Yang Benar-Benar Prihatin “Jika Manusia Dilempar Bermacam Tuduhan Memang Boleh Tertekan,” – Hafiz Suip Respon Soal Fizikal, Terharu Pada Yang Benar-Benar Prihatin “Jika Manusia Dilempar Bermacam Tuduhan Memang Boleh Tertekan,” – Hafiz Suip Respon Soal Fizikal, Terharu Pada Yang Benar-Benar Prihatin

“Bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie.

“Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Pada masa sama dia juga seorang guru vokal.

IKLAN

“Orang lepas menang AJL ke-35 takkan nak tolak. Dapat peluang berkongsi studio, ia satu perkara yang sangat baik,” katanya.

Pada masa sama, kolaborasi mereka menerusi lagu tersebut turut memberi peluang kepada untuk saling berkongsi pengalaman yang ada.

“Apa yang saya lalui selama ini menjadi pengalaman. Mungkin itu juga yang membuatkan orang nampak saya di tahap sekarang. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kena belajar.

“Dari segi teknik nyanyian, banyak lagi yang perlu dipelajari jika mahu dibandingkan dengan Ernie. Macam Ernie dia memang belajar itu. Saya belajar juga, tapi lambat. Jadi, dari segi teknik nyanyian, Ernie masih terbaik bagi saya.

IKLAN

“Kalau dari soal pengalaman, mungkin saya ada sedikit kelebihan sebab saya sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pernah menang pelbagai anugerah.

“Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah masing-masing ada keistimewaan. Saya tak nafikan Ernie ada vokal yang sangat bagus,” ujarnya.

Hafiz juga berharap, kolaborasinya bersama Ernie ini mendapat respon baik peminat muzik.

Berakhirlah Pencarianku merupakan lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik oleh Penerbit drama, Datuk A. Aida itu terbitan bersama Nova Music dan Rocketfuel.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI