Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras awal pagi tadi.
Menurut Shuib, ia susulan paras oksigen Sarah tidak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.
Justeru, usahawan ini memohon ramai agar mendoakan kesembuhan buat Sarah serta bayi yang dikandung.
“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
Ads
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya di Instagram.
Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manis itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.
Ads
Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.
Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.
Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amylea Azizan memaklumkan tahap kesihatan bapanya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu yang lalu.
Jelas Amylea baru-baru ini, pihak doktor juga telah pun berhubung dengan ibunya untuk membincangkan mengenai sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada bapanya itu.
Katanya lagi, doktor juga memaklumkan peluang untuk bapanya kembali sembuh juga difahamkan agak tipis.
“My dad’s condition makin menurun hari ni. Doktor dah panggil mama to talk about what we are expecting.
“Chances untuk dia baik tu tipis dan sekarang hanya keajaiban sahaja. I’m numb,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Tak Pernah Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Amylea turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.
“Mohon semua mendoakan, sedekahkan bacaan Yassin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,” ujarnya lagi.
Menin di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amylea.
“Allahuakbar, semoga Allah angkat segala sakit uncle. Amin.
“Mendoakan yang terbaik for you and family babe. May Allah ease everything for you.
“Semoga diringankan bebanmu dan ahli keluarga.
“Moga ada keajaiban for your father,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, bapa kepada Amylea telah pun dimasukan ke Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman.
Sumber: Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan terbaru pelawak, Man Raja Lawak yang berat badannya dilihat kian susut nyata mencuri perhatian ramai pihak di media sosial.
Meski ada yang memuji, namun ada juga yang membuat pelbagai spekulasi berhubung perubahan fizkikal bintang berusia 44 tahun itu.
Malah, gigi Man atau nama penuhnya, Abd Rahman Kassim juga sudah cantik tersusun selain badan Man kini turun daripada 94 kilogram kepada 74 kilogram secara konsiten dengan bantuan produk minuman kesihatan, Bodycurv.
Selain itu, dia turut mengamalkan rutin sihat lain seperti berjalan kaki di kawasan rumah.
Ditanya apakah Man terlalu ‘berfantasi’ dengan dirinya apabila menjadi bahan gurau apabila menyamakan dirinya dengan beberapa selebriti popular sebelum ini, juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu enggan mempedulikannya.
“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?
“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.
“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya optimis.
Dalam tempoh usahanya untuk kembali menurunkan berat badan, ada klinik gigi yang bermurah hati menaja Man membuat rawatan sekitar April lalu.
“Alang-alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.
“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik. Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya.
Jelasnya lagi, dia sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diambilnya sejak dua tahun lalu.
“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.
“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing.
“Setahun juga saya menggemokkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak. Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya,” katanya.
Menurut Man lagi, produk berkenaan yang mempunyai dua perisa iaitu coklat (CocoCurv) dan kopi (CafeaCurv) diakui selamat digunakan.
“Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun.
“Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv.
“Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awkward! Jessie J dalam satu temubual bersama Glamour bercerita tentang lagu hitnya Bang Bang dan bagaimana Nicki Minaj boleh terlibat di dalam lagu tersebut. Dia mengatakan apabila Nicki mendengar lagu tersebut, rapper popular itu terus mahu turut serta menyumbang suara dan terlibat dalam sesi rakaman.
Namun lain pula ceritanya dari Nicki. Dalam satu ciapan di laman Twitternya, rapper yang terkenal dengan lagu Anaconda itu membalas kenyaataan Jessie.
“Jessie, saya tak pernah dengar lagu itu dan meminta untuk turut serta menyanyikannya. Syarikat rakaman yang yang menyuruh saya untuk turut serta dalam lagu tersebut dan mereka membayar saya. Bagaimana saya boleh mendengar lagu itu, saya bukan monitor lagu. Perkara ini turut dinyatakan oleh artis-artis baru yang lain. Anda semua boleh berhenti,” ujarnya membalas kenyataan Jessie.
Namun begitu jika dilihat dari sudut positif, Nicki bukanlah berniat untuk menghina Jessie kerana jawapan yang diberikan sekadar memperbetulkan fakta.
Dalam satu lagi ciapan, Nicki bahkan menyatakan yang dia suka dengan lagu Do It Like A Dude. Dia berkata, “Perkara paling teruk ialah tiada siapa yang meminta saya untuk bersama-sama menyanyikan lagu Do It Like a Dude. Saya obses dengan lagu tersebut apabila pertama kali mendengarnya. Ketika itu saya berada di UK melakukan program promosi dan mendengarnya di radio. Rakan saya menulis lagu tersebut dan kalau ditanya saya akan menyanyikan lagu itu.”
Lagu Bang-Bang yang dinyanyikan Jessie J bersama Nicki Minaj dan Ariana Grande mendaki tangga nombor satu di carta muzik UK dan berada ditanggga ketika dalam carta US Billboard. Populariti lagu ini terbukti apabila terjual sebanyak 3.5 juta salinan di Amerika Syarikat sejak dipasarkan. Selain itu lagu ini juga menang kategori lagu kegemaran tahunan atau favorite song of the year di Kid’s Choice Awards pada tahun 2015.
Sumber: Twitter Nicki Minaj
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.