Pengacara, Fedtri Yahya menegaskan kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk seseorang itu meraih populariti sebaliknya ia merupakan sebuah kawasan yang harus dihormati.

Jelas Fedtri, sesiapa sahaja yang mengunjungi tempat tersebut hendaklah sentiasa menjaga adab dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

“Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti. Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur,” tulisnya.

“Sebagai Umat Islam, Kita Hendaklah Menjaga Adab,”- Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi, Ini Perkongsian Jentik Hati Fedtri Yahya “Sebagai Umat Islam, Kita Hendaklah Menjaga Adab,”- Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi, Ini Perkongsian Jentik Hati Fedtri Yahya

Menerusi entri yang sama, pengacara program Jejak Rasul itu turut dilihat berkongsi beberapa panduan selain turut menyenaraikan adab-adab sewaktu menziarah tanah perkuburan.

“Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

IKLAN

“Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa, m

“Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan,” jelasnya lagi.

Perkongsian tersebut dikongsikan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Sebagai Umat Islam, Kita Hendaklah Menjaga Adab,”- Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi, Ini Perkongsian Jentik Hati Fedtri Yahya “Sebagai Umat Islam, Kita Hendaklah Menjaga Adab,”- Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi, Ini Perkongsian Jentik Hati Fedtri Yahya

IKLAN

Dalam pada itu, antara perkara lain yang harus dititikberatkan termasuklah mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti-aktiviti khurafat yang boleh menjejaskan akidah.

“Keempat: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.

“Kelima: Sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci Al-Qur’an seperti membaca surah Al-Ikhlas atau membaca surah Yaasin dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.

“Keenam: Sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selaij turut berterima kasih kepada Fedtri diatas perkongsian ilmu tersebut.

“Good sharing sahabatku. Peringatan yang cukup indah.

“Sesungguhnya banyak adab yang perlu kita ketahui wahai insan. Bukan kita jadikan dia tempat penglipurlara nafsu dunia.

“Thank you for sharing tuan. Semoga kita semua dapat menjaga adab dengan baik walau dimana pun kita berada,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian MH, entri berkenaan bukanlah untuk ditujukan buat-buat sesiapa tetapi lebih kepada peringatan mesra bukan kita semua.

Sumber: Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI