Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa parodi nyanyiannya bersama penghibur Seberang, Hetty Koes Endang yang dibuat rakan selebriti menerusi aplikasi TikTok.
Kreatif dengan cara masing-masing, penyanyi Anta Permana yang selesa disapa Tok Ti itu turut sama terhibur.
Jelas Siti, sedutan yang diambil menerusi Konsert Satu Suara Vol2 lebih enam tahun itu kembali diperkatakan di aplikasi berkenaan dan pelbagai aksi telah diparodikan.
“Saya memang tau, video-video sewaktu Konsert Satu Suara Vol.2 tahun 2015, sedang viral di Tik Tok, ramai yang memuat naik video ini dengan macam-macam aksi sebenarnya. Terima kasih semua.
“Memang ibu atau bonda @hke57 memberikan tenaga luar biasa buat saya di atas pentas dan lagu Berdiri Bulu Romaku ini juga merupakan lagu segmen terakhir, di mana seluruh penonton di dalam Istana Budaya berdiri dan menyanyi bersama-sama saya dan bonda Hetty,” tulisnya.
Siti berkongsi video tersebut menerusi satu hantaran di Instagram. Ulasnya lagi, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diusik ibu Hetty.
“Suami saya pun kena menyanyi juga, ibu Hetty mengusik beliau sampai di tempat duduk masa tu. Ini video dari @dianadanielleb, lucu pulak part saya tu,” tulisnya lagi.
Para peminat turut sama geli hati melihat kreativiti yang dipamerkan Diana Danielle. Malah, masing-masing terhibur dengan menyatakan parodi berkenaan tampak ‘real’.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi parodi sama yang dilakukan isteri komposer Indonesia, Anang iaitu penyanyi Ashanty.
Foto: Instagram Datuk Sri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Yang Lebih Cacat? Dia Atau Kita?” – Kongsi Video Lelaki OKU Hafaz Al-Quran, Tersentak Baca Perkongsian Yatt Hamzah
Tersentuh hati saat melihat sosok tubuh yang serba kekurangan ini mendalami ilmu Islam.
Lalu Yatt Hamzah menerusi Instagram berkongsi rakaman pemuda kelainan upaya cuba menghafaz Al-Quran.
Walaupun sukar berkata-kata serta tidak dapat mengawal gerakan tubuh dengan baik, individu yang dikenali sebagai Fitra tetap semangat menjadi huffaz dengan harapan dapat mendoakan ibunya ke syurga.
“Dia mungkin cacat anggota tp hati dan jiwanya sedikit pun tidak cacat. Dia menghafaz Quran walaupun dg banyak sekali kekurangannya.
“Sedangkan kita yg sempurna belum tentu ada hati dan jiwa yg CINTAKAN AL QURAN sptnya. Siapa yg lebih cacat? Dia atau kita? Allahuakbar.
“ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Berikanlah kekuatan agar kami mampu ISTIQOMAH mencintai KALAM2 MU.. Aameen.”
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Nyata kondisi tubuh yang tidak sempurna tidak pernah menghalang seseorang mengejar ilmu.
Malah, ia membuatkan kita lebih semangat dan membuka mata insan lain.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Lama Tidak Bertemu Muka Dengan Sahabat Saya,” – Jauh Di Mata Dekat Di Hati, Siti Nurhaliza & Kris Dayanti Buat ‘IG Live’, Malam Ini
Tidak dinafikan, kelangsungan hubungan menjadi agak terbatas dan tidak lagi seperti kelaziman ekoran pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.
Meski tidak berpeluang untuk bertemu, bintang dua negara, Datuk Siti Nurhaliza dan rakannya dari Indonesia, penyanyi Kris Dayangi akan bersama-sama menerusi satu sesi ‘IG Live’ istimewa, Jambatan Kasih Malaysia Indonesia.
Perkara tersebut dimaklumkan Siti menerusi satu hantaran di Instagram, malam ini, jam 8.00 malam (waktu Indonesia) atau 9.00 malam (waktu Malaysia).
“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, love @krisdayantilemos namun kami sering bermesej dan bertanya khabar.
“Tidak ada apa yang membataskan, apatah lagi kes pandemik Covid-19 di Malaysia dan Indonesia semakin bertambah angka hari demi hari,” tulisnya.
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini juga berharap sesi tersebut memberi ruang buat mereka untuk sama-sama berkongsi cerita serta perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19 di kedua-kedua negara.
“Namun jambatan kasih dan ingatan bakal menemukan kami berdua di IG live pada malam esok. Jam 9 malam waktu Malaysia dan 8 malam waktu Indonesia.
“Jangan lupa menonton kami berdua CTKD malam esok di IG saya dan moga kita boleh saling berkongsi, berbahagi cerita dan perkembangan terbaharu termasuk keadaan pandemik di negara masing-masing #ctkd,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Bukan?,” – Sasha Akui Selesa Luah Perasaan Dalam Bahasa Inggeris, Jelaskan Apa Sebabya
Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin mendedahkan sebab mengapa dirinya memilih untuk meluahkan perasaan di dalam Bahasa Inggeris buat para pengikutnya di Instagram.
Anggota kumpulan Elite itu menjelaskan, meski dia mahur mahir berbahasa kebangsaan, namun ibunya yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut menyebabkan ia berlaku.
Malah, Sasha turut mendapat keputusan yang cemerlang menerusi mata pelajaran berkenaan.
“Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak?
“Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
“Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya.
“Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa,” jelasnya.
Lalu, ia secara tidak langsung membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
Pada masa sama, Sasha turut berkongsi mengenai sebuah kitab dengan terjemahan Inggeris yang cukup bermakna bagi dirinya.
“Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya.
“Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan.
“Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina.
“Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas.
“Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.” #p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah,” titip Sasha yang difahamkan baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang.
View this post on InstagramA post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI