Sebagai pendatang baru dalam karier seni nyanyian industri hiburan tanah air, Syazwan Shuhaimi tidak menjadikan situasi pandemik Covid-19 sebagai satu penghalang untuk dirinya bergelar seorang penyanyi.
Dengan usaha serta minat yang mendalam, adik kepada pelakon Eira Syazira ini percaya bahawa dia bakal meraih kejayaan dalam bidang nyanyian meski terpaksa berdepan pelbagai cabaran.
“Saya akui situasi pandemik Covid-19 ini telah memberikan kesan kepada orang ramai namun saya percaya dengan minat dan semangat yang saya ada pasti membuahkan hasil meski negara sedang berhadapan situasi pandemik ini.
“Oleh itu, saya tidak mahu situasi pandemik ini menjadi satu penghalang untuk diri saya mencapai impian yang saya inginkan.
“Pada mulanya, saya tidak menyangka akan mengeluarkan single ketika PKP ini, namun saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat.
Ads
“Lagipun, zaman sekarang semuanya dilakukan dengan kaedah digital, jadi ia bukanlah satu alasan atau halangan pada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan berkata dia juga tidak mahu menggunakan jalan pintas untuk menjadi seorang penyanyi atau menumpang populariti meski kakaknya.
Syazwan menambah, dia mahu belajar dan menimba pengalaman yang lebih dalam bidang nyanyian.
Ads
“Mengenai hal itu, saya percaya dengan kebolehan saya sendiri dan memang dari dulu pun saya lebih selesa untuk bergerak sendiri. Macam kakak dan abang ipar saya sebenarnya mereka lebih dikenali sebagai pelakon di Malaysia.
“Tapi saya betul-betul ingin fokus dalam bidang nyanyian sebab itu saya tidak mahu untuk mengunakan jalan pintas kerana saya mahu timba pengalaman dan belajar.
“Saya percaya dengan kesusahan itu akan membawa saya pergi lebih jauh, InsyaAllah,” katanya lagi.
Ads
Syazwan sudah mula menceburi karier seni nyanyian sejak beberapa tahun yang lalu setelah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) namun kurang mendapat perhatian daripada peminat industri muzik tanah air.
Kini, Syazwan kembali bangkit untuk menempa nama dan populariti sebagai penyanyi dengan mempertaruhkan lagu single terbarunya yang berjudul ‘Sang Purnama’.
Lagu yang telah diterbitkan oleh syarikat rakaman RocketFuel Entertainment ini merupakan hasil ciptaan komposer Shazee Ishak dan Audi Mok.
Foto: Instagram Syazwan Shuhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Alya Iman mengakui dirinya berasa amat rindu untuk kembali ke set pengambaran setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan akibat pandemik Covid-19.
Menurut Alya, ada ketika dia berasa amat sedih sehingga mengalirkan air matanya bila mengenangkan mengenai situasi semasa yang harus dilalui oleh para penggiat seni ketika ini.
“Hati ni sedih sangat rindu nak masuk set, ingat lagi ke tak ni nak berlakon. Hmm kadang-kadang terdiam tengok dinding menangis je, tapi tak boleh nak menangis lama-lama kena cuba and be as positive as we can,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh anak kepada pelakon vateran, Allahyarham Azmil Mustafa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Alya mendedahkan dirinya tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan dan harus tetap kekal positif bagi memastikan keadaan emosinya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Apa-apa pun jangan stop doa be positive and take care okay korang. InsyaAllah we can fight this!
“Ni last Alya shoot before lockdown drama siri Seram Tak Seram setiap khamis 9.30mlm TV9 jangan lupa tengok okay,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar keadaan negara dapat segera kembali pulih seperti sedia kala.
“More rezeki coming your way my darling girl. I’m certain. You’re amazing and you deserve great things in life.
“Yay, comel je Alya berlakon.
“Bestnya drama ni. A must watch,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Alya kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul Seram Tak Seram yang bakal bersiaran di saluran TV9.
Selain Alya, drama ini jugak turut dibintangi pelakon-pelakan hebat lain antaranya, Amar Titan, Jiggy Masin dan Liza Abdullah.
Sumber: Instagram Alya Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menilih untuk memakai tudung sepanjang Ramadan tahun ini.
Menurut Riena, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini, dia juga mengakui kini dalam proses untuk belajar serta merasai pengalaman berhijab.
Menerusi Harian Metro, pelakon Kampung People ini juga mahu mengambil keberkatan di bulan mulia ini.
“Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.
“Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.
“Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan,” katanya.
Jelasnya lagi, Ramadan yang dilalui lebih bermakna sejak menutup kepala.
“Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna.
“Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran,” katanya.
Terdahulu, Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam sejak Februari lalu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, viral di laman media perihal isu yang berlaku pada majlis perkahwinan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri.
Bagaimanapun, isu tersebut kian reda apabila pelakon berkenaan mengambil pendekatan profesional dengan memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
Mungkin masih ada yang tidak mengenali dengan pelakon senior yang berbakat besar ini.
Jadi, MH menyediakan 5 fakta menarik mengenai pelakon Normah Damanhuri.
1.Pelakon senior Normah Damanhuri dilahirkan pada 1 Januari 1954 di Johor.
2.Normah telah memulakan karier sebagai pelakon sekitar tahun 1980-an.
3.Banyak drama rantaian yang terkenal telah dilakonkan Normah seperti Misteri Wan Peah, Patahnya Sebelah Sayap, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan banyak lagi.
4.Selain berlakon dalam drama, bintang hebat ini juga pernah berlakon dalam filem. Pada tahun 1998, Normah telah berlakon dalam sebuah filem berjudul Jogho yang merupakan filem pertama lakonannya.
5.Setelah hampir 40 tahun Normah menceburi dalam bidang lakonan, Normah telah memenangi 3 Anugerah Skrin (ASK) antaranya Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1998/1999, Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama 2008, Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 2018 dan merangkul satu anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Foto : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Yunita Ababiel telah meninggal dunia pada Ahad lalu, 13 Julai 2025 di kediamannya yang terletak di Depok, Jawa Barat. Difahamkan,...