Penyanyi, Amylea Azizan mengakui terharu dengan sumbangan yang diberikan orang ramai bagi menampung perbelanjaan hospital bapanya yang kini dilaporkan sedang mengalami masalah jantung.
Memetik laporan Berita Harian, Amylea memaklumkan dia sekeluarga terhutang budi dengan keperihatinan semua kerana wang dikumpulkan itu kini telah pun cukup untuk membiayai kos deposit rawatan bapanya.
“Istilah syukur tidak cukup untuk menyatakan penghargaan kami sekeluarga kepada semua pihak yang membantu. Dengan sokongan orang ramai, ayah sudah dimasukkan ke IJN sejak Jumaat lalu.
“Terima kasih banyak-banyak… Tuhan sahaja tahu perasaan kami sekeluarga. Hanya Tuhan mampu membalas jasa peminat, kawan-kawan dan orang ramai yang membantu.
“Saya kemudian berkongsi di IG. Daripada situ, kami dapat kumpul wang yang cukup sebagai deposit untuk membolehkan ayah di rawat di IJN,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kendati ini turut menjelaskan dia sebenarnya telah terlebih dahulu menghantar bapanya itu ke hospital kerajaan, namun selepas 13 jam, bapanya itu dikatakan masih lagi menunggu di atas kerusi roda.
Katanya lagi, dia terpaksa mencari alternatif lain dengan membawa bapanya itu ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum keadaannya bertambah teruk.
“Tindakan diambil pada waktu kecemasan… Kami bukan sengaja mahu hantar ayah ke IJN tetapi hospital kerajaan sibuk mengendalikan kes COVID-19.
“Ayah demam dua hari akibat jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ubat melalui rawatan di wad. Sebaik membawa ayah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), hampir 13 jam ayah duduk di kerusi roda menunggu untuk dimasukkan ke wad.
Ads
“Ayah terlalu lemah untuk bangun dan menguruskan diri. Sudahnya, kami terpaksa bawa ayah pulang dan datang lagi keesokannya. Namun, masih tiada katil untuk ayah.
“Kami tiada pilihan… Andai kami tidak membawa ayah ke mana-mana hospital swasta, kami akan kehilangannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-3 ini memaklum bapanya kini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari dan keadaannya juga dilaporkan stabil.
Ads
“Sekarang, ayah ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU). Apabila sudah stabil, ayah akan dipindahkan ke wad biasa. Namun, biarpun stabil, ayah lemah kerana ada beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman.
“Tahun lalu, ayah mengalami serangan jantung dan perlu menjalani prosedur angiogram. Kami tunggu janji temu itu hampir setahun. Malangnya, apabila tarikh ditetapkan, kesihatan ayah pula merosot,” akhirinya.
Baru-baru ini, Amylea telah pun memuat naik sebuah hantaran di ruangan Instagram stories bagi memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos rawatan bapanya itu.
Sumber, Foto: Berita Harian, Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi sekeping foto bersama arwah bapanya, yang telah pergi dijemput Illahi beberapa bulan lalu di Instagram.
Kongsi Aliff, foto berkenaan dirakam kira-kira empat tahun lalu, pada sambutan Aidilfitri.
“Alfatiha 4tahun lps.. hari raya time ni.. saya rindu sgt abah.. kereta idaman abah sy ni kri usaha sampai mampu alhamduillah abah merasa juga,” tulisnya.
Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
Malah, ibu dan kakak Aliff dilihat turut meninggalkan komen terhadap posting berkenaan.
Terdahulu, Allahyarham Kamarzaman sebelum ini difahamkan mempunyai beberapa penyanyi seperti sakit jantung dan paru-paru berair.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dukacita dimaklumkan apabila pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad,maut dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.
Malah, perkara itu dikongsikan anak Allahyarham, Iqbar Hakim yang juga merupakan Pengurus Pemasaran produk kecantikan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Saya ada berita sedih..Saya baru sahaja selepas kehilangan bonda tercinta disebabkan kemalangan jalan raya.Saya dalam perjalanan pulang ke kampung..
“So kpd semua tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bonda saya,” katanya sebak.
Artis versatil, Alif Satar mendedikasikan lagu nyanyian Tompi berjudul Selalu Denganmu kepada isterinya, Shadila Halid.
Malah, lagu tersebut membawa makna buat pasangan ini kerana ia merupakan lagu kegemaran dan menjadi simbolik lagu video akad nikah.
“Ni lagu favourite bercinta sampai jadi official song video nikah😉 SELALU DENGANMU.. “Oh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini, hanya untukmu.. selalu setia, selama-lamanya…” @shadilahalid ,” tulis Alid sambil menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Rosé Blackpink sekali lagi membuktikan pengaruhnya sebagai bintang global apabila lagu hitnya, APT., berjaya bertahan selama 15 minggu berturut-turut dalam carta Billboard!Lagu yang menampilkan...