Pelakon, Zahiril Adzim memohon kepada semua pihak untuk sama-sama membantu menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan pelakon remaja, Izuan Fitri yang baru sahaja menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal bulan lalu.

Jelas Zahiril, dia berharap agar para pengikutnya di media sosial dapat sedikit sebanyak membantu bagi meringankan beban yang harus ditanggung oleh keluarga Izwan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

“Assalamualaikum wbt semus followers yang kasihi, ini lah adik @iiz1_fi3 yang saya sebutkan dalam live saya semalam.

“Saya nak ajak semua yang baca ini untuk sama – sama bantu perbelanjaan menanggung kos berkaitan dengan perubatan beliau,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ada Hantu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“RM5 Atau RM1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi Allah…,” – Zahiril Adzim Pohon Jasa Baik, Bantu Tampung Kos Perubatan Izuan Fitri “RM5 Atau RM1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi Allah…,” – Zahiril Adzim Pohon Jasa Baik, Bantu Tampung Kos Perubatan Izuan Fitri

IKLAN

Katanya lagi, seandainya kita memberikan sumbangan walaupun dengan jumlah yanysedikit, namun nilainya tetap besar di sisi Allah SWT.

“Tanamlah dalam fikir dan hati, andai kata nak sumbang sekecil-kecil yang kita mampu RM5 pun jadi lah. RM5 atau RM1 itu hanyalah nilai di dunia sahaja tapi di sisi الله mungkin jauh besar dari itu InshaaAllah dan yang menghalang kita daripada korban sekecil nilai itu adalah bisikan syaitan.

“Kita doakan supaya Allah memberi kesihatan sepenuhnya kepda adik Izuan Fitri. InshaaAllah,” ujarnya lagi.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut memanjatkan doa agar Izwan segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

IKLAN

“RM5 Atau RM1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi Allah…,” – Zahiril Adzim Pohon Jasa Baik, Bantu Tampung Kos Perubatan Izuan Fitri

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menyifat Izwan sebagai seorang pelakon yang berbakat besar.

“Saya suka tengok adik ni berlakon. Memang hebat. Semoga adik cepat sembuh ya.

“Semoga diberikan kesembuhan dan semoga semuanya dipermudahkan.

IKLAN

“Semalam baru tengok dia berlakon. He was a good actor. Semoga cepat sembuh,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Zahiril dan Izwan pernah digandingkan bersama menerusi filem, One Two Jaga.

“RM5 Atau RM1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi Allah…,” – Zahiril Adzim Pohon Jasa Baik, Bantu Tampung Kos Perubatan Izuan Fitri

Menurut laporan Berita Harian, Izwan kini telah dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) dan memerlukan penyediaan kelengkapan khas seperti tilam untuk pesakit terlantar, lampin pakai buang, susu dan ubat-ubatan.

Sumber: Instagram Zahiril Adzim & Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI