Pelakon, Aeril Zafrel merakamkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak keduanya, Hayla Adzkita yang kini telah pun mencecah usia enam tahun.

Menurut Aeril, kehadiran Hayla di dalam hidupnya telah pun menjadi pemangkin semangat buat dirinya bagi membentuk sebuah keluarga yang sentiasa diredai oleh Allah SWT.

“Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.

“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.

“Ayah Lalaki Pertama Yang Cinta & Sayang Seluhurnya Kepadamu,”- Indah Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan Sempena Hari Jadi “Ayah Lalaki Pertama Yang Cinta & Sayang Seluhurnya Kepadamu,”- Indah Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan Sempena Hari Jadi

“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, 7 Petala Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Ayah Lalaki Pertama Yang Cinta & Sayang Seluhurnya Kepadamu,”- Indah Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan Sempena Hari Jadi

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini turut menambah, dia juga ingin memohon maaf sekiranya selepas ini dia akan menjadi semakin tegas lebih-lebih lagi apabila anaknya itu bakal memasuki ke alam remaja.

“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.

IKLAN

“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).

“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Aeril turut berharap agar satu hari nanti anaknya itu dapat membanggakan dirinya dengan menjadi seorang wanita yang solehah.

“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.

IKLAN

“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!,” akhirinya.

“Ayah Lalaki Pertama Yang Cinta & Sayang Seluhurnya Kepadamu,”- Indah Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan Sempena Hari Jadi

Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2013z

Selain Hayla, pasangan ini turut memiliki dua orang lagi cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, dan Aya Soffya, 9 bulan.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI