Pelakon, Jasmin Hamid mengakui berasa amat teruja apabila berkesempatan untuk bertemu semula dengan rakan artis yang juga merupakan pengacara popular, Azwan Ali.

Menurut Jasmin, Azwan merupakan individu yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu mengenai dunia pengacaraan sewaktu mereka digandingkan bersama ketika mengacarakan sebuah program hiburan anjuran RTM satu ketika dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Selepas bertahun tak jumpa, Allah izinkan kami berjumpa kembali. Masih sama, ramah dan sporting.

“Saya tak akan lupakan JASA beliau kerana beliau pernah curahkan ilmu sebagai PENGACARA pada saya masa pertama kali saya jadi pengacara dan kami digandingkan bersama untuk sebuah rancangan hiburan di RTM dulu.

“Hendaknya masa tu, 1st time saya jadi pengacara dan di gandingkan pula dengan PENGACARA HEBAT MALAYSIA, nervous gila saya,” tulisnya.

IKLAN

“First Time Digandingkan Dengan Pengacara Hebat Malaysia, Nervous Gila,” – Berjumpa Selepas Sekian Lama, Jasmin Hamid Kenang Jasa Azwan Ali “First Time Digandingkan Dengan Pengacara Hebat Malaysia, Nervous Gila,” – Berjumpa Selepas Sekian Lama, Jasmin Hamid Kenang Jasa Azwan Ali

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Cukup Derita Itu ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, meskipun pada ketika itu nama Azwan sememangnya gah dipersada industri seni tanah air, namun dia tetap merendah diri berkongsi ilmu lebih-lebih lagi bersama para pendatang baru.

IKLAN

“Walaupun beliau seorang yang hebat dalam kerjayanya tapi beliau tetap sharekan ilmu dan beri bimbingan pada saya sebagai orang baru. Buatkan saya rasa selesa bekerja dengan beliau.

“Semenjak itu, beberapa kali kami di gandingkan lagi dalam program hiburan RTM dan jadi jemputan rancangan hiburan beliau iaitu SAMBAL dan CIT CHAT AZWAN. Jasamu ku kenang.
@divaazwanavazztersohor1,” jelasnya lagi.

“First Time Digandingkan Dengan Pengacara Hebat Malaysia, Nervous Gila,” – Berjumpa Selepas Sekian Lama, Jasmin Hamid Kenang Jasa Azwan Ali

IKLAN

Dikesempatan itu, Jasmin turut menitipkan doa agar sahabatnya sentiasa diberikan kehidupan yang baik.

“Saya sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau dan semua insan yang saya kenal atau yang mengenali saya serta semua umat Muslimin dan Muslimat agar kita semua mendapat pengakhiran hidup yang baik ,di jauhkan dari Azab Api Neraka dan sentiasa dalam peliharaan Allah. Aamiin..
Hebat Bukan?,” akhirinya.

“First Time Digandingkan Dengan Pengacara Hebat Malaysia, Nervous Gila,” – Berjumpa Selepas Sekian Lama, Jasmin Hamid Kenang Jasa Azwan Ali

Sekadar informasi, Jasmin merupakan pelakon dan pelawak wanita yang telah mula mencipta nama pada era 90-an.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI