Tidak dinafikan, rutin memasak sudah menjadi sinonim dan kebiasaan kepada para wanita mahupun yang sudah atau belum mendirikan rumah tangga.
Pelakon Mia Ahmad misalnya, meski dirinya kini sudah bergelar isteri dia bagaimanapun akui masih belum mahir memasak.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dia memberitahu telah membuat pengakuan mengenai kekurangan tersebut kepada suaminya, Mohd Izham Tarmizi sebelum mendirikan rumah tangga.
Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini menasihati kepada para wanita agar bersikap terus terang dan tidak malu untuk memberitahu kelemahan diri sendiri dengan pasangan.
Ads
“Siapa kat sini kurang skill memasak? sayalah salah sorangnya tu. Hahah. Dulu mak suruh belajar masak sibuk main make up nak melawa je kerja. Dapur taknak masuk!
Ads
“Alhamdulillah sebelum kawin saya dah confess awal-awal dengan suami. Ladies, terus terang je dgn partner korang.
“Tak perlu malu dengan kekurangan yang penting nak belajar and improve,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Tidak semua yang dipaparkan di Instagram menceritakan latar sebenar yang berlaku.
Menurut Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu ditemui pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini, Instagram adalah ruang untuk dia berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan, namun hanya secara dasar saja.
Namun, ia sering kali disalah anggap netizen dan pasti berakhir dengan kecaman dan kritikan seperti kes dakwaan mendera Qadeeja dan pilih kasih terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menyumbang kepada punca keguguran kandungan kembar isteri, Datin Seri Shahida Mac lalu.
Mengimbau kembali detik keguguran, Aliff menyatakan antara punca disebabkan dakwaan penderaan anak-anak.
“Waktu kandungan dua bulan, doktor mengatakan ada dua kantung dan degupan jantung. Jadi doktor menyarankan agar isteri berehat dan waktu itu saya belum umumkan kepada semua.
“Dan selepas itu, sekitar jam 11.00 malam, pihak polis datang dan mengatakan mereka akan menyelongkar rumah. Anak-anak saya pula telah disoal dan diperiksa seluruh badan. Kami harus turun naik kebajikan masyarakat.
“Isteri saya keguguran kerana tekanan perasaan. Tapi saya tak salahkan sesiapa. Saya ingin memohon maaf kepada semua.
“Cuma tidak adil kerana saya tidak memukul anak sebaliknya hanya memberi ubat. Tapi orang membesarkan cerita kerana saya Aliff Syukri,” ulasnya yang turut berdoa agar dikurniakan anak perempuan selepas ini.
Menurut Shahida, dia hanya menyedari sesuatu berlaku terhadap kandungan sewaktu ingin menunaikan solat Asar.
“Mula-mula kami tidak tahu kandungan kembar, sekiranya tidak, saya akan duduk berehat sahaja di rumah. Saya sedar keguguran selepas dua jam dan sewaktu ingin menunaikan solat Asar. Waktu itu darah mengalir dengan banyak. Lagipun tidak pernah ada pengalaman gugur sebelum ini.
“Pada permulaan, kami tidak ke hospital kerana pada tanggapan saya buat apa bergegas ke hospital sebab kandungan pun sudah gugur. Namun pembantu nasihatkan saya untuk membuat pemeriksaan.
“Dan di sana baru kami tahu saya hamil anak kembar. Bila doktor membuat pemeriksaan, doktor mengatakan satu kantung masih berdenyut manakala yang satu lagi tiada denyutan dan itu yang menyebabkan pendarahan. Hari kedua kami buat imbasan, hanya satu sahaja kantung yang tinggal,” tambahnya lagi.
Walaupun mendapat layanan yang baik daripada pihak terbabit, namun tekanan melanda kerana terlalu banyak prosedur yang harus dijalani.
“Memang diakui saya tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi mengenai Qadeeja.
“Tidak dinafikan kami mendapat layanan baik daripada pihak polis dan doktor, namun disebabkan tidak biasa dengan apa yang berlaku telah menyebabkan tekanan. Syukur tiada pendakwaan,” katanya yang sedang hamil lima bulan.
Pasangan ini turut mengulas isu dakwaan berat sebelah terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menutup ruangan Instagram.
“Memang kami sudah lali dengan kecaman namun kadang kala orang luar agak melampau. Ada juga yang mendakwa kami menumpang populariti Ameena. Apa sahaja yang berlaku kepada Ameena, kami akan dikecam sedangkan layanan yang sama kami diberikan kepada Yusof.
“Dan sejujurnya saya tidak mahu mengambil Ameena kerana dia tiada status warganegara, namun ibunya terus merayu. Netizen pula serba tidak kena, berbuat baik pun dikecam. Saya takut lama kelamaan perasaan saya pula tidak ikhlas dan disebabkan itu saya menutup Instagram Ameena.
“Kami masih berhubung dengan ibu kandung Ameena kerana tidak mahu memutuskan hubungan silaturahim,” akhiri Aliff sambil ditemani isteri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar ada berkongsi kata-kata yang seperti dasarnya, segala yang berlaku pasti ada hikmah terbaik di sebaliknya.
Malah, dirinya percaya Allah tidak pernah silap mengatur pertemuan dengan sesiapa.
Menerusi video yang dimuat naik Lufya Omar di entri terbaru di Instagram, setiap pertemuan walau baik atau buruk ialah perancangan Allah untuk menjadi siapa kita pada hari ini.
“Terdetik hati seperti menyalahkan takdir pertemuan yang Allah aturkan sehingga melihat dan memahami segalanya perancangan Allah sbt dan hanya Allah sebaik-baik perancang.
“Kepada Allah kita berpegang dan kepada Allah kita memohon pertolongan. Jika kita rasa kita diberi ujian berat, masih banyak lagi hamba Allah yang diberikan ujian yang berat.
“Jika kita rasa harini kita sakit atau mengeluarkan air mata dengan banyak, ramai lagi orang yang menangis dan kesakitan dengan pelbagai perkara di luar sana. Maka mohon la kepada Allah untuk diberikan ketenangan dan keredaan hati untuk melalui masa-masa yang pahit.
“Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang beriman dan sentiasa memperbaki hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Syukran @ustazahasmaharun.official,” tulisnya.
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.