Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya juga sama seperti netizen di luar sana yang tidak tahu mengenai siapakah gerangan individu bergelar pelawak yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini.

Memetik laporan video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Utusan Malaysia, Zizan memaklumkan dia sebenarnya turut terkejut sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

“Kalau Saya Tahu Pun, Saya Memilih Untuk Menjaga Aib,” – Isu Pemerdagangan Manusia, Ini Komen Zizan Razak

Katanya lagi, seandainya pun dia tahu mengenai perkara tersebut, dia lebih memilih untuk tidak membuka aib individu berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Saya langsung tak ambil tahu. Saya pun terkejut juga bila mendengar mengenai perkara ni.

IKLAN

“Nak kata saya ingin mencari tahu, memang tidaklah. Pada saya, misal kata kalau saya tahu sekali pun, saya lebih memilih untuk menutup aib.

“Kepada sesiapa yang terlibat, pandai-pandailah uruskan dan selesaikan masalah ini. Saya harapkan yang baik-baik sahaja kepada rakan-rakan pelawak,” katanya seperti yang dipetik.

“Kalau Saya Tahu Pun, Saya Memilih Untuk Menjaga Aib,” – Isu Pemerdagangan Manusia, Ini Komen Zizan Razak

Ketika ramai pelawak-pelawak tempatan yang kena tempias berhubung isu panas ini, pelakon filem, Abang Long Fadil itu turut memaklumkan dirinya juga tidak terlepas daripada menerima mesej-mesej yang sama.

IKLAN

“Ada juga yang DM dan mesej saya secara peribadi bertanyakan mengenai individu tersebut. Saya tak boleh jawab sebab saya tak tahu.

“Saya pun terkejut apa yang terjadi sebenarnya. Bila dah malam baru saya check mesej-mesej tersebut kemudian barulah saya Google. Jadi, saya pun tanya orang juga dan mereka pun tiada jawapan,” katanya lagi.

“Kalau Saya Tahu Pun, Saya Memilih Untuk Menjaga Aib,” – Isu Pemerdagangan Manusia, Ini Komen Zizan Razak

Dalam pada itu, Zizan turut berpendapat sebaiknya isu ini biarlah diselesaikan sensiri oleh pihak berwajib.

IKLAN

“Pada saya, kita doakan sahaja yang baik-baik sudahlah. Kadang-kadang bila ada keadaan sebegini, kita tuduh seseorang rupanya orang lain.

“Saya rasa pihak berkuasa lebih tahu mengenai perkara ini. Lebih baik bertanya kepada mereka yang lebih tahu daripada bertanya kepada saya,” akhirinya.

“Kalau Saya Tahu Pun, Saya Memilih Untuk Menjaga Aib,” – Isu Pemerdagangan Manusia, Ini Komen Zizan Razak

Terdahulu, individu bergelar pelawak yang ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad difahamkan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Sumber: Instagram Utusan Online & Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI