Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid bersama suaminya, Raff Yaakob menunaikan nazar dengan menyumbangkan bantuan berupa peralatan perubatan kepada dua hospital selepas dia dan keluarga kini sembuh daripada Covid-19.

Menurut Mawar, sumbangan tersebut telah diagihkan kepada Hospital Ampang dan Hospital Selayang, Selangor.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsikan beberapa keping gambar serta video menjelaskan pengalaman dijangkiti wabak sangat menakutkan.

“Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar “Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar “Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar

“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat tuk sedekah keperluan2 di hospital untuk pesakit2 Covid di hospital.

“Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sgt. Selama ni duk baca kat socmed je.

“My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget.

IKLAN

“So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama sudi memberikan bantuan.

“Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital, hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.

“Alhamdulillah, thank you kepada kawan2 Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan@anjoulielavocah1 sebab sama2 create awareness dalam Live Mawar.

IKLAN

“Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar.

”We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

IKLAN

Sementara itu menerusi Harian Metro, pelakon drama TQ Captian itu sedang berusaha untuk mendapatkan alat penghangat untuk bayi.

“Saya dah hubungi pihak hospital untuk memesan dua troli pengangkat tapi, stok itu tidak ada di Malaysia dan perlu menunggu selama lapan hingga 10 minggu. 

“Untuk stok sedia ada pula, harganya adalah RM52,000. Jadi, kami sedang berbincang untuk mencari pembekal dengan harga lebih kurang RM35,000.

“Pihak hospital mencadangkan agar saya belikan satu unit troli pengangkat dan satu unit penghangat untuk kegunaan bayi-bayi, anak kepada pesakit Covid-19,” katanya yang berharap agar sumbangan tersebut dapat memberikan kemudahan pihak hospital.

“Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar “Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar “Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar

Foto: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI