Selepas berkongsi keadaan isterinya, Siti Sarah, ruang komen di Instagram Shuib dihujani dengan titipan doa mengharapkan agar penyanyi berkenaan serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.

Sarah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalammualaikum semua, sy mohon DOAKAN ISTERI SY SITI SARAH BT RAISSUDDIN. DOAKAN SEMOGA DIA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN DIBERI KESIHATAN KEMBALI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. ALLAH MAHA SEGALANYA,” tulis Shuib sebagai kapsyen.

IKLAN

Lalu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik, memberikan semangat serta doa buat Shuib seisi keluarga.

Malah rakan selebriti turut menitipkan ucapan sama.

“Doakan Isteri Saya & Anak Dalam Kandungan…,” – Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Instagram Shuib Dihujani Doa “Doakan Isteri Saya & Anak Dalam Kandungan…,” – Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Instagram Shuib Dihujani Doa

IKLAN

Terdahulu media melaporkan, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.

IKLAN

“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” kata pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Pada 25 Julai lalu, Sarah di Instgram memaklumkan dia dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI