Meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang ke-8, pelakon, Aeril Zafrel sekali lagi mencuri tumpuan netizen menerusi titipan doa indah buat anak lelakinya itu.

Dalam ucapannya itu, Aeril menyifatkan kehadiran Attar sebagai sumber kekuatan dan keutuhan cintanya bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Wawa Zainal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang.

“Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah,” tulisnya.

“Bukti Pertama Ikatan Cinta Ayah & Mama,” – Enggan Anak Lalui Zaman Jahil, Ini Nukilan Aeril Zafrel Sempena Hari Lahir Anak Sulung

Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sabda Kekasih itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Aeril turut memaklumkan dia juga akan sedaya upaya mempersiapkan anaknya itu dengan didikan agama yang terbaik sebagai persediaan demi meneruskan legasi keluarganya pada masa akan.

“Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.

“Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu

IKLAN

“Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah dan mama,” jelasnya lagi.

“Bukti Pertama Ikatan Cinta Ayah & Mama,” – Enggan Anak Lalui Zaman Jahil, Ini Nukilan Aeril Zafrel Sempena Hari Lahir Anak Sulung “Bukti Pertama Ikatan Cinta Ayah & Mama,” – Enggan Anak Lalui Zaman Jahil, Ini Nukilan Aeril Zafrel Sempena Hari Lahir Anak Sulung

Sedar iman dan taqwa tidak dapat diwarisi, namun, Aeril tetap berharap agar anaknya itu sentiasa berpegang dengan nasihat-nasihatnya selama ini.

IKLAN

“Sungguh iman dan taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.

“Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu,” akhirnya.

“Bukti Pertama Ikatan Cinta Ayah & Mama,” – Enggan Anak Lalui Zaman Jahil, Ini Nukilan Aeril Zafrel Sempena Hari Lahir Anak Sulung

Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2013.

Selain Attar, pasangan ini turut memiliki dua orang lagi cahaya mata, Hayla Adzkiya, 6, dan Aya Soffya, 9 bulan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI