Pelawak Lan Pet Pet akan mendapatkan khidmat nasihat peguam berkenaan untuk tindakan selanjutnya berkenaan satu video di media sosial yang berunsur fitnah sekaligus mengaibkan namanya.
Anggota kumpulan Senario itu juga akan mengundang pihak media bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai hal berkaitan.
“Memandangkan post2 yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam saya utk tindakan selanjutnya.
“Saya akan jemput rakan media utk memberi penjelasan lanjut mengenai video yg tular tersebut,” tulis Lan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi foto serta artikel yang dikongsikan, ia membabitkan satu video tular yang pada awalnya dimuat naik di Twitter, baru-baru ini.
Ads
Video tersebut merakamkan seorang pemandu kereta dilihat seolah-olah sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal di tepi jalan pada waktu malam.
Dalam video kurang seminit berkenaan itu, pengguna Twitter tersebut mendakwa individu di dalam kereta itu mirip seperti seorang pelawak terkenal.
Ciapan tersebut sekaligus menerima reaksi pelbagai warganet dan ada mendakwa mengaitkan individu tersebut sebagai pelawak berdasarkan loghat dan suara.
Ads
Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal kerana berpandangan ia hanya gimik atau lakonan semata-mata.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meminat meminta Lan untuk bersabar dan mendoakan agar pelawak berkenaan dipermudahkan urusan.
“Tak payah dok buat fitnah kalau takdak bukti sahih. Sabar nah abang Lan. Zaman sekarang zaman canggih makin menjadi-jadi dengan tuduhan yang boleh datangkan fitnah. Takutnya ya Allah,” tulis seorang peminat.
Ads
“Lan naik BMW woi. Bukan Myvi. Minggu lepas jumpa dia,” seorang peminat berikan reaksi.
“Allah tengah uji kesabaran hang bang Lan,” tulis peminat lain.
“Allah sayang, moga dipermudahkan urusan,” peminat berikan kata semangat.
“Molek. Penjelasan gini untuk elakkan tohmahan dan salah faham,” komen peminat lainnya pula.
Foto: Instagram Lan Pet Pet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Aishah Ariffin berpendapat mungkin kini sudah tiba masanya untuk syarikat pengeluar baju sukan diberikan peruntukan yang lebih untuk menghasilkan lebih banyak pakaian-pakaian yang menjaga aurat (aurat friendly) terutamanya buat atlet yang beragama Islam.
Jelas Aishah, sekiranya set pakaian alternatif ini disediakan, berkemungkinan besar lebih ramai remaja-remaja diluar sana akan menjadi semakin berminat untuk menceburkan diri di dalam sukan-sukan tersebut.
“Melihat performance athletes kita di Olympics membuatkan hati rasa kembang dengan dan rasa bangga melihat bendera negara berkibar. Membawa perhatian I pada beberapa athlete Melayu Islam wanita dalam beberapa acara ni.
“Bukanlah nak tunjuk alim bagai, cuma pemerhatian dan cadangan. Mana tau kerana faktor ini lebih ramai athlete Muslim wanita yang beraksi. Seperti acara track, acara renang dan acara gymnastics. Semua pun tahukan cara pemakaian acara-acara ini.
“I rasakan sudah sampai masanya perkara-perkara mcm inilah yang kita harus perjuangkan. Berikan budget untuk syarikat-syarikat pengeluar baju sukan untuk mereka pakaian aurat friendly bagi athlete Muslim bukan saja wanita tetapi lelaki,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Katanya lagi, kita juga sebenarnya boleh belajar daripada semangat yang dipamerkan oleh atlet-atlet gimnastik German yang bertegas untuk tidak mengenakan pakaian yang terdedah sewaktu bertanding di kejohanan Olimpik Tokyo baru-baru ini.
“Ini bukan kolot okay, I baru baca article mengenai team gymnastics Germany yang memakai pakaian yang menutup bahagian-bahagian yang perlu. Kenapa?Bukan kerana tiba-tiba dah peluk Islam, tapi kerana mereka tidak mau acara sukan mereka dikaitkan dengan sexual connotation yang negative.
“Haaa tu dia…habis kita yang Muslim ni tak nak ke usaha sikit ke arah tu? Sekurang-kurangnya sebagai ‘option’ atau pilihan pada athlete itu sendiri.
“Ada kemungkinan ke, yang lebih ramai remaja perempuan Muslim kita akan bergiat dalam acara gini sekiranya ada pilihan pakaian begini.
“I mean kalau I ada anak perempuan sekali nak masuk acara-acara gini, entahlah, mungkin I akan suggest dia masuk acara lain. Just my two cents worth,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain selain turut berharap agar cadangan seperti ini mendapat perhatian daripada pihak yang terlibat.
“Betul tu. Isu ini sepatutnya diutarakan lebih awal lagi. Well said Kak Aishah.
“So glad artist like you using your platform to write things like this. Ni yang artis atau influencer kita mungkin lupa. Lebih kejar glamour dan like berbanding dakwah.
“Betul tu Kak Aishah. Islam dan penjagaan aurat berpisah tiada,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Menerusi entri berasingan, Aishah telah pun meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang telah diraih oleh atlet negara, Nur Dhabitah Sabri yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 dalam acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias memfailkan saman ke atas penyanyi Lan Solo, Syura serta tiga individu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Memetik Bernama, Siti Nordiana atau turut disapa Nana, 37, memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Pada masa sama, Nana yang juga Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya.
Sementara itu menerusi Kosmo! Online, peguam mewakili lima defendan terbabit, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates mengesahkan pihaknya telah menerima writ saman tersebut daripada pihak plaintif (Siti Nordiana).
“Saya mengesahkan kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam.
“Melalui sesi pada 9 Ogos depan, mahkamah akan meminta peguam-peguam untuk kenal pasti kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,”katanya seperti yang dipetik.
Dalam kenyataan sama, Alan turut memngesahkan Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu menuntut lima individu yang dimaksudkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Sumber, Foto: Bernama & Kosmo! Online, Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zalif Sidek berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan pihak keluarganya baru sahaja selesai menyerahkan cincin kepada bakal isterinya sebagai tanda merisik.
Menurut Zalif, majlis tersebut hanya dihadiri oleh adik kepada ibunya yang menetap di Kuantan, Pahang.
Katanya lagi, dia sememangnya berasa bersyukur kerana majlis ringkas tersebut telah pun berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum. Petang Jumaat yang barakah ini, Alhamdullilah majlis berjalan lancar #FirstStep.
“Saya dan keluarga cuma hantar wakil saudara adik mama saya yang tinggal di Kuantan, Pahang untuk first step saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi filem, Papa I Love You itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Zalif turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah pun menjayakan majlis tersebut.
Malah, Zalif juga turut berharap agar keadaan negara dapat segera pulih supaya perancangan yang lebih rapi dapat dijalankan.
“Alhamdullilah thank you for everything
Ayoh Cik, Mok cik, Yana, Zahin, Era, Ayuni dan semua keluarga Anis Ummi, abah dan semua. Insyaallah jumpa lepas ni ya.
“Moga lepas ni dipermudahkan dengan keadaan kes covid masih tinggi. Amin,” ujarnya lagi.
Meninjau, di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Zalif selepas ini akan dipermudahkan.
“Tahniah Zalif Sidek. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan juga langkah-langkah seterusnya.
“Alhamdulillah tahniah. Semoga kekal hingga ke jannah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Bagaimanapun, sehingga kini, Zalif dilihat masih lagi belum berkongsi mengenai gerangan bakal isterinya itu.
Menerusi entri yang sama, Zalif turut menyertakan tanda pagar #CintaLockdown yang menggambarkan seolah-olah bibit-bibit percintaan mereka ini bermula sewaktu negara sedang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
Sumber: Instagram Zalif Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...