
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan bapanya, Amirol Melvin Abdullah, yang sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
Memetik laporan Kosmo!, Syatilla memaklumkan keadaan bapanya masih belum pulih sepenuhnya dan kini hanya bergantung kepada ubat-ubatan memandangkan sebarang prosedur atau pembedahan dilihat terlalu berisiko untuk dilakukan.

Hanya Bergantung Pada Ubat Dan Doa
Menurut Syatilla, dia sekeluarga tidak pernah putus harapan dan terus berdoa agar segala urusan bapanya dipermudahkan.
“Nak cakap baik itu tidaklah tetapi saya tak putus-putus mendoakan supaya Allah mudahkan urusan. Insya-Allah sebab umur dia pun sudah 80 tahun.
“Jadi, kalau nak buat sebarang prosedur atau pembedahan, memang sangat berisiko. Sekarang hanya bergantung pada ubat dan doa orang ramai.
“Sekarang jaga ayah bergilir-gilir dengan adik-beradik lain. Seminggu saya jaga dan minggu seterusnya adik-beradik lain pula tapi kalau ada masa lapang, memang semua akan balik,” katanya seperti yang dipetik.
Syatilla turut menjelaskan, bapanya mula mengalami masalah kesihatan selepas disahkan menghidap leukemia atau kanser darah yang kemudiannya merebak ke organ-organ lain.

“Sebenarnya ayah mula sakit disebabkan leukemia, kanser darah. Daripada kanser darah itu, mula merebak ke organ lain.
“Jantung dia pun semakin lemah, tahap fungsi pula ketika ini hanya 27 peratus dan buah pinggang juga sudah lemah, memang banyak benda berkait-kait tetapi keadaannya ketika ini stabil.
“Sekarang ayah sudah keluar hospital dan berada di rumah, kami bawa pulang beberapa hari lalu. Doktor pun sudah tidak boleh buat apa-apa dan minta kami bawa pulang,” ujarnya lagi.
Syukur Sam Banyak Bantu Urus Ayah
Dalam pada itu, pelakon filem Surah Buat Maisarah itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa mengambil berat terhadap keadaan bapanya.
Menurut Syatilla, suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam, banyak membantu, khususnya dari segi tenaga kerana mereka tidak mempunyai adik-beradik lelaki.

Anda mungkin berminat dengan
“Sam sangat membantu sebab kami tidak ada adik-beradik lelaki. Jadi, memang mengharapkan menantu.
“Kalau macam ayah nak pergi ke mana-mana atau ingin keluar ambil angin, kami perlukan kudrat lelaki untuk papah dan pegang dia.
“Apa pun, doakan yang baik-baik untuk ayah saya,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo & Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

