Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah tidak kisah sekiranya dua anaknya, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani ditegur juri tetap program Famili Duo, Mas Idayu sepanjang rancangan itu berlangsung.
Hadir memberikan sokongan buat anak-anaknya di pentas akhir pada malam Ahad, Jamal menunjukkan isyarat ‘thumbs up’ ketika ditanya Mas Idayu sama ada dia marah ketika juri itu menegur anaknya sebelum ini.
Kehadiran Jamal merupakan kemunculan pertama sejak anak-anaknya bertanding dari minggu pertama pada 18 Disember 2022.
“Datuk marah tak saya tegur anak Datuk?“ soal Mas Idayu sebelum diberikan respon isyarat tangan tersebut.
Ads
Pada malam final, duo adik-beradik itu menyanyikan lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) untuk segmen pertama.
Mendapat pujian daripada Mas Idayu dan Ajai, persembahan Yamani dan Zaki mendapat sorakan hangat penonton.
Ads
“Mummy (panggilan Mas) suka progress awak. Dari awal awak menjunam, tapi nampak peningkatan tu.
“Sebab tu kalau mummy marah maksudnya mummy mahu kamu buat yang terbaik. Malam ini kamu sudah pun buktikan kerana memang banyak peningkatan pada persembahan kamu,” katanya.
Ads
Selain Zaki dan Yamani, pentas akhir Famili Duo turut menampilkan barisan finalis termasuk Sissy Imann dan Naim Daniel, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada vokalis band Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah, Resya Ab Rahman akui reda selepas memaklumkan bayi di dalam kandungannya yang baru berusia lima bulan setengah kini sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh oleh Resya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
We had a baby. But today was the day that we finally said goodbye to him.
“Daripada momen paling gembira ke momen paling sedih. Daripada tangisan kegembiraan ke tangisan kepedihan. Daripada hari pertama, kini menjadi hari yang terakhir.
“Kami memang cukup bertuah kerana diberikan peluang merasai kebahagiaan saat kami melihat jari anak kecil menerusi foto ultrasound.
“Kami berdoa siang dan malam meminta kepada Allah agar menjadikan diri kami lebih baik supaya kami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak pertama kami. Apa yang kami tak tahu, rupa-rupanya, Allah punyai perancangan lain,” tulisnya.
Jelas Rasya, meski sudah berjumpa dengan beberapa orang doktor, kesemua mereka memberitahu, bayinya itu mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang paling berat dan tak mungkin tertanggung orang lain. Kami pergi untuk menjalani pemeriksaan biasa.
“Kami sepatutnya bergembira untuk meraikan jantina anak kami bersama-sama tetapi kami diberitahu, bayi kami sedang mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Selepas berjumpa dengan beberapa doktor, dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat mengatakan yang sebaliknya, malangnya, kesemua mereka mengesahkan yang bayi kami tidak dapat meneruskan kehidupan,” kongsinya lagi.
Meskipun pedih untuk menerima kenyataan, namun, Resya dan Nazrin tetap percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Tiada perkataan yang mampu kami gambarkan untuk menjelaskan rasa sakit yang masih dan sedang kami rasai hingga saat ini. Kekuatan diantara satu sama lain sahaja yang kami ada untuk berpaut.
“Bayi kami merupakan bayi terpilih. Kami beritahu diri kami sendiri bahawa kami ini cukup bertuah kerana berpeluang menjaga anak syurga selama lila bulan setengah ini.
“Allah bekerja dengan caranya yang tersendiri dan walaupun pedih, kami tetap terima dan percaya perancangannya adalah yang terbaik,” kongsinya lagi.
Kongsi Resya lagi, semalam merupakan terakhir bertemu dengan anak lelakinya itu yang telah pun diberi nama Raja Emir Khalid.
“Hari ini (Selesa), kami akhirnya dapat menyaksikan bayi kami untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Meskipun diselubungi kesedihan, kami tetap bersyukur kerana berpeluang menjadi ibu bapa kepada anak lelaki kami, Raja Emir Khalid walaupun usianya baru lima bulan setengah dan masih dalam keadaan janin di dalam perut ibu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Resya yang juga merupakan vokalis band Margosa telah mendirikan rumah tangga bersama Nazrin pada tanggal 14 May 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Resya Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 13 Februari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.
Mengabadikan ulang tahun tersebut, Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 40, berkongsikan gambar-gambar hari bahagianya bersama aktres tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi ruangan kapsyen, Fadzil turut mengimbas kembali momen ketika dia meminta izin daripada arwah bapa mentuanya untuk memperisterikan Yana.
“Tak berkelip mata abang (Fadzil) bila tengok balik kehenseman abang lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.
“Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, highway jem 14 jam ka, abang tak peduli.. walau seorang Utara, seorang Selatan.
“Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Februari 2015,” tulis Fadzil.
Menerusi posting itu juga, Fadzil yang merupakan adik kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu mendoakan agar rumah tangga yang dibinanya bersama Yana akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Know know dah lapan tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat.
“Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
“Nota kaki: kahwin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang,” seloroh Fadzil.
Untuk info, Fadzil dan Yana, 39, berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak sulung pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees dipuji ramai kerana keberaniannya yang tidak gayat, sebaliknya teruja untuk mencuba tarikan terbaharu yang terdapat di Dubai iaitu Glass Slide.
Walaupun aktiviti itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk mencubanya, namun disebabkan keterujaan Eidress akhirnya permintaan itu ditunaikan pekerja di situ.
Anzalna, 35, turut berkongsikan video di laman Instagram miliknya, menunjukkan Eidress, 4, yang langsung tidak gayat berada di bangunan tinggi.
“Sebenarnya saya yang menggeletis nak pergi tempat ni, last-last sekeping gambar pun tak ada sebab gayat teruk!
“Untunglah Hanif Zaki (suami Anzalna) dapat bergambar dengan anak-anak.
“Naik dekat Menara Komtar pun dah kecut perut. Kalau naik ni lagi la..
“Kita tengok pun laju ja jantung ni, seriau. Berani dia,” komen sebahagian netizen.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki, 35, pada Februari 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 4, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia sembilan bulan.
Untuk info, Glass Slide Dubai merupakan tarikan baharu yang terdapat di Hotel Address Sky View.
Ia membolehkan pelawat untuk meluncur di atas lantai kaca dari tingkat 53 ke tingkat 52 bangunan hotel tersebut.
Usia pelawat yang dibenarkan untuk mencuba aktiviti itu adalah dari umur 12 hingga 65 tahun sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.