Mengumpulkan barisan para selebriti dan pempengaruh media sosial, Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) yang diadakan buat julung-julung kalinya telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Pempengaruh, Hafiz Mahamad telah dinobatkan selaku pemenang sulung Gempak Most Wanted Award 2022 sekali gus menobatkan dirinya selaku individu paling berpengaruh di media sosial di Malaysia.

Hafiz Mahamad Pemenang Sulung GMWA 2022, Beri Cuti & Bonus Sebulan Pada Staf

Menerima jumlah undian sebanyak 125,288 kemenangan tersebut membolehkan Hafiz membawa pulang hadiah utama berupa trofi dan McDonald Reward Points.

Malah, Hafiz juga telah menerima augerah Digital Influencer Tergempak seterusnya menewaskan calon-calon lain seperti Imran Bard, Ceddy Ang, Azfar Heri dan Nelysa Norazlan.

Sewaktu menerima anugerah, Hafiz berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selain turut mengenang kembali kisah sewaktu isterinya sering kali dipandang rendah di media sosial.

Katanya lagi, dia juga akan memberikan cuti serta bonus buat para pekerja di syarikatnya bersempena dengan kemenangan tersebut.

IKLAN

Dalam pada itu, pempengaruh media sosial dan visual editor, Sofyank telah dipilih selaku penerima anugerah khas Gempak Hall Of Fame.

Hafiz Mahamad Pemenang Sulung GMWA 2022, Beri Cuti & Bonus Sebulan Pada Staf

Soyfank dipilih kerana kebolehannya menghasilkan video-video kreatif menerusi skil suntingan kesan visual video (VFX) sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

Sementara itu, pelakon meningkat naik, Meerqeen berjaya menggondol dua anugerah memerusi kategori Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak (Melur Untuk Firdaus).

IKLAN

Pencapaian sama turut diraih oleh grup wanita popular, Dolla apabila mereka dinobatkan selaku pemenang bagi kategori Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak.

Dalam pada itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mencipta sensasi selepas diumumkan selaku penenang anugerah Selebriti Digital Tergempak.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang-pemenang Gempak Most Wanted Award 2022;

IKLAN

Personaliti Gamer Tergempak- Kambing Golek

Motivator Digital Tergempak- Fathi Hussein

Digital Content Creator Terbaik- Ryan Bakery

GMWA2022 turut diserikan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada barisan selebriti tanah air seperti Bunkface, Datuk Hattan, Dolla dan Alyph.

Sementara itu, empat pengcara terkenal tanah air iaitu, Elly Mazlein, Radin Era, Amelia Henderson dan Sean Lee diberi tanggungjawab untuk mengemudi GMWA2022.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI