Persembahan konsisten akhirnya memberi tuah kepada pasangan duo Zaki Yamani & Yamani Abdillh yang telah diumumkan sebagai juara Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung di TV3, Sri Pentas Dua, Shah Alam, malam tadi.
Atas kemenangan yang diraih, pasangan adik-beradik yang juga anak penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Ajai dan Mas Idayu memberikan komen membina buat mereka sejurus pusingan pertama saingan.
Ads
Menduduki tempat kedua pula ialah The Jebats yang dianggotai oleh Ayda & Fyna Jebat.
Tempat ketiga dan keempat masing masing disandang oleh Bella Astillah & Wany Kayrie Naim dan Daniel & Sissy Imann.
Ads
Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggumenampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
Selain empat finalis terbabit, tiga pasangan lain yang turut bersaing sebelum ini ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique dan Siti Saida & Siti Sairah.
Ads
Pusingan akhir Famili Duo turut diserikan dengan perembahan daripada Khai Bahar dan Nabila Razali menyampaikan lqgu baharu mereka, Selagi Ku Ada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan edisi kali ini menobatkan karya cipataan sepenuhnya Aina Abdul dinobatkan sebagai penerima trofi utama, sekaligus mengetepikan 11 buah lagu lain yang turut bersaing.
Selain barisan pemenang yang diberi perhatian, pelbagai kisah menarik sepanjang AJL37 yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil turut menjadi sorotan peminat.
Menarik, MH himpunkan antara corat-coret dan trivia menarik sepanjang AJL37. Check it out!
Penampilan penyanyi, Nabila Razali yang melewati karpet merah AJL37 ‘memancing’ mata ramai susulan persalinan yang digayakan menerima reaksi pelbagai warganet. Malah moment manik ‘diamond’ pada baju yang dipakainya tercabut turut menjadi bualan.
Penampilan pertama hos, Jihan Muse di program secara langsung selepas selamat melahirkan anak keduanya, September lalu. Ramai yang memuji gandingannya bersama rakan pengacara, Sherry AlHadad.
Antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan kepada penyanyi bertanding ialah Janna Nick. Bagaimanapun hos Famili Duo itu memaklumkan dia perlu pulang awal atas komitmen kerja awal pagi, hari ini.
Menerusi Twitter, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memuji persembahan dan vokal yang dipersembahkan oleh Ernie Zakri dan Aina Abdul.
Aina Abdul memberitahu ‘teamnya’ pada malam AJL37 lebih 30 orang sementara Shiha Zikir yang turut menerima Anugerah Persembahan Terbaik pula membawa lebih 40 orang untuk merealisasikan persembahannya.
Secara spontan, Aina memberitahu wang kemenangan mahu disimpan memandangkan telah banyak berhabis untuk merealisasikan konsep lagu Terus Hidup.
Nak tahu apa warna kod lipstik yang digunakan jurusolek, Bobo Cinta buat bibir Aina Abdul? Ini dia, memang cantik!
Penonton yang memenuhi ruang Axiata Arena memang sporting kerana sebelum penyanyi membuat persembahan, masing-masing sudah memberikan sokongan dengan bersorak.
Dalam berkongsi perkembangan terkininya, Shiha Zikir mengakui dia tidak menolak sekiranya perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi di bawah syarikatnya BabyPian mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung Kasih khusus bagi meringankan beban keluarga dan wanita koma yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin.
Sumbangan yang dihulurkan termasuklah tabung pendidikan anak kepada mangsa iaitu Eshan Nufail yang kini berusia setahun.
“Kisah Puan Jahidah sangat dekat dan kami memang ikut rapat perkembangan kes ini. Alhamdulillah, bulan lalu saya berpeluang bertemu dengan dia dan ahli keluarganya.
“Melihat keadaan Puan Jahidah yang tidak bermaya depan mata… saya sangat simpati. Jadi, secara tidak langsung memberi motivasi kepada pihak kami untuk tampil dengan inisiatif ini.
“Saya bersama pasukan BabyPian cuba melakukan apa yang mampu bagi membina kesedaran berkenaan isu keganasan rumah tangga,” katanya ketika ditemui di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya pada Selasa.
Menerusi majlis sama, turut dilakukan ialah sesi penyerahan sumbangan Tabung Kasih dan pelancaran produk Kasih Pillow yang dijayakan bersama Kumpulan InTeam yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.
Kasih Pillow dilengkapi dengan zikir, selawat dan lagu nasyid dari kumpulan berkenaan.
Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu itu tidak menyangka apabila usaha berkenaan turut mendapat kerjasama positif daripada pihak KPWKM.
“Kami berbesar hati sebab KPWKM turut memberi sokongan terhadap projek ini. Secara asasnya, apa yang nak disampaikan adalah berkenaan projek Kasih Pillow, cerita di sebaliknya, perkembangan Puan Jahidah dan kebangkitan wanita untuk berani membela diri sendiri,” katanya lagi.
Mengimbas kembali kejadian yang mengejutkan negara itu, Jahidah, 44, petugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Dia yang ketika itu hamil enam minggu mengalami kecederaan parah sehingga sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan.
Malah selain rahang, tulang belakang serta rusuknya juga retak, disyaki dipukul.
Jahidah yang terlantar koma sehingga sekarang, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, timbul pula spekulasi membabitkan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selepas syarikat mereka didakwa memotong gaji pekerja gara-gara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut Wawa, syarikatnya itu tidak pernah berbuat sedemikian malah, dia juga tetap memberikan gaji kepada para pekerja sewaktu negara dilanda pandemik.
“Isu yang dikaitkan dengan kami itu tidak betul. Kami tidak pernah memotong gaji pekerja. Malah, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pun, kami masih berikan bonus.
“Pada tahun lepas pula, staf saya sangat meriah dengan bonus. Hari raya dan hujung tahun dapat bonus. Mereka juga dapat bercuti ke luar negara, berjalan-jalan dan membeli belah,” katanya kepda MH.
Wawa berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis Malam Aprisiasi Wawa Cometic 2023 yang berlangsung di Tenera Hotel, Bangi pada Sabtu.
Jelas Wawa lagi, dia dan suami amat kecewa kerana dakwaan tersebut mula tersebar disebabkan satu artikel yang diterbitkan sebuah portal blogger.
“Sebenarnya, tiada siapa pun yang menuduh saya atau Aeril tetapi pihak blogger tersebut yang membuat spekulasi sendiri. Merekalah sebenarnya yang mencetuskan fitnah tersebut.
“Saya rasa ini fitnah yang paling teruk pernah kami terima. Kalau pihak portal tersebut meletakkan tanda soal pada kenyataannya itu dan gambar kami dikaburkan, mungkin kami boleh terima lagi.
“Ini setepek gambar kami di situ dan tiada tanda soal pada kenyataan tersebut. Seolah-olah pihak tersebut mengiyakan dakwaan syarikat kamilah yang dimaksudkan kerana tidak membayar gaji pekerja.
Lantaran itu, Wawa memaklumkan dia dan suami terpaksa membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi menjaga nama baik syarikatnya.
“Setahu saya, pihak laman portal tersebut telah menerima surat ‘letter of demand’ (LOD). Yang menguruskan segala hal ini adalah Aeril sebab dia rasa geram sangat. Saya ni hanya menenangkan dia sahaja.
“Aeril memang nak ambil tindakan kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan nama baik kami. Sebagai usahawan, kami tak boleh biarkan kalau imej kami dicalar. Aeril anggap perkara ini sangat serius,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak mahu hal seperti ini menjejaskan hubungannya bersama pihak media yang lain.
“Kepada pihak media terutamanya blogger yang saya kasihi, anda juga banyak menyokong kami. Jadi, kami tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan kita. Saya pun tak mahu perkara ini terjadi.
“Kepada blogger berkenaan, saya minta maaf kalau anda terasa dengan tindakan kami. Namun, kami tetap kena buat untuk memberi pengajaran bukan kepada dia sahaja tetapi juga kepada orang lain yang suka buat spekulasi sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.