Dakwaan sensasi mengenai pelakon wanita yang dikatakan cuba menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila Alif mengesahkan aktres tersebut ialah Sophia AlBarakbah

Walaupun tidak menyebut nama, Aliff berkata, wanita yang dikaitkan mempunyai kriteria sama dengan Sophia dan ketika ini, dia hanya menjalani satu pengambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

“Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang buat satu drama sahaja. Jadi itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.

“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.

“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.

Pelakon dan penyanyi itu ditemui ketika sesi sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara, pada Rabu.

IKLAN

Dalam pada itu, Aliff tidak menafikan, kontroversi tersebut terjadi antara lain, atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.

“Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga iktilat.

“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, Aliff juga tidak mahu kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati semua pihak, selain untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Mimaland itu.

Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan warganet.

“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan.  Apa pun, terpulang kepada dia.

IKLAN

“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.

Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI