Penyanyi Siti Nurhaliza mengakui kekurangannya yang tidak berapa fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, faktor itu mungkin disebabkan kerana dibesarkan dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu dan kurang terdedah dengan bahasa dunia itu.

“Saya mungkin kurang yakin (bertutur dalam bahasa Inggeris), itu sahaja kekurangan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Mungkin sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah dan lebih senang bercakap dalam bahasa Melayu.

IKLAN

“Itu adalah antara cabaran yang perlu saya hadapi. Tetapi saya tidak melihat kekurangan tersebut untuk seseorang itu patah semangat untuk berjaya,” katanya.

Sedutan tersebut dikongsikan semua menerusi satu temu bual yang kembali dimuat naik di TikTok @sitizoners.official.

@sitizones.official #world #foryoupage #malaysia #fyp #no1 #sitizone #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizoner #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #vokalsiti #biduanita #biduanitasitinurhaliza #english #speaking ♬ bunyi asal – SitiZone

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana individu agar tidak sesekali mengecam orang yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

IKLAN

“Janganlah terlalu berbangga kalau dapat berbahasa Inggeris dan memperkecilkan orang lain yang tidak mahir bertutur dalam bahasa tersebut.

“Tidak salah kalau kita tersilap. Kalau ada yang menegur, kita belajar. Kalau ada yang menegur, saya akan ucapkan terima kasih sebab dapat belajar sesuatu benda baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

IKLAN

“Jangan kecam orang sesuka hati sebab belum tentu orang yang mengecam itu sempurna dan bijak pandai,” ujar Siti lagi.

Untuk info, Siti memulakan karier nyanyian ketika di usia 16 tahun pada 1995 selepas menjuarai program Bintang RTM.

Penyanyi asal Kuala Lipis, Pahang ini juga pernah menghasilkan album Inggeris berjudul All Your Love yang diterbitkan pada 2011.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI