Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Datuk Mokhzani Ismail tidak menafikan jurang sengit yang diterima menerusi dua buah lagu bertanding, Terus Hidup dan Semalam Di Temasek, malam tadi.

Mokhzani berkata, barisan jemaah juri yang terdiri daripada Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian, perlu mencari kelainan dalam setiap lagu dan Terus Hidup dan Anugerah Terindah menjadi pilihan.

Bagaimanapun katanya, Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek bersaing rapat.

“Dari 12 lagu, sebanyak tujuh lagu berada dalam genre pop balada. Dua lagu dalam kategori hip hop, iaitu lagu Satu Malam Di Temasek dan Payung Pelangi.

“Sementara dua buah lagu etnik kontemporari iaitu lagu nyanyian Shiha Zikir dan Iman Troye serta sebuah lagi lagu R&B nyanyian Alif Satar & The Locos.

“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat jurang permarkahannya iaitu antara Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek,” katanya. 

Terus Hidup yang diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sementara karya Semalam Di Temasek pula dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya Joe Flizzow bersama rakan seperjuangan, SonaOne.

IKLAN

“Dua lagu yang kami merasakan sangat dekat jurang markahnya, iaitu Terus Hidup dan Semalam Di Temasek. Apabila pemarkahan dibuat daripada sudut melodi dan kreativiti, lirik kedua-duanya sangat kuat.

“Daripada segi vokal pula, ada dua aspek. Pertama vokal di dalam album dan kedua persembahan di atas pentas (secara langsung). Kalau kita tengok, Aina turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaik.

“Itu di antara faktor yang mengangkat markah Terus Hidup menjadi sedikit lebih berbanding Semalam Di Temasek. Kalau boleh saya kongsikan, jurang sebanyak dua markah sahaja.

“Begitu juga dengan lagu yang memenangi tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop, balada.

IKLAN

“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat kita diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawa lagu Anugerah Terindah jadi pilihan,” katanya ketika sidang media AJL37.

“Jurang Dua Markah Sahaja,” – Ketua Juri AJL37, Datuk Mokhzani Ulas Lagu Terus Hidup & Semalam Di Temasek “Jurang Dua Markah Sahaja,” – Ketua Juri AJL37, Datuk Mokhzani Ulas Lagu Terus Hidup & Semalam Di Temasek “Jurang Dua Markah Sahaja,” – Ketua Juri AJL37, Datuk Mokhzani Ulas Lagu Terus Hidup & Semalam Di Temasek

Mewakili barisan juri bagi edisi AJL tahun ini, beliau menyifatkan pemilihan penyanyi wanita itu sebagai pemenang trofi utama sebagai pilihan yang tepat.

“Bagi saya, saya tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul. Kalau kita lihat, persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading di dalam album ada sedikit perbezaan.

IKLAN

“Dibawanya persembahan secara langsung melebihi daripada apa yang didengari di dalam album. Garapan yang dibuat Jenny Chin bukan mudah. Kalau kita kaji di segmen akhir lagu itu, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ penyanyi.

“Tetapi bahagian-bahagian sedemikian ini telah disampaikan Aina dengan baik. Bagi saya, sebulat suara mengakui Aina Abdul sebagai juara AJL37.

“Tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah yang bersifat luar biasa,” katanya lagi.

Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Shiha pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama.

Penyanyi popular, Khai Bahar yang membawa saingan dengan lagu Sengsara dipilih sebagai Pemenang Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI