Suami kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Aleeya Zailan iaitu Azri Aziz tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu poligami yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Malah, perkara tersebut turut menjadi isu di dalam kehidupan pasangan usahawan berjaya ini apabila ada segelintir netizen pernah menulis komen tidak sensitif, meminta agar Azri turut sama berpoligami.

“Arwah ayah sering ingatkan saya. Katanya kalau kau ada seorang bini, lebih senang kau nak fokus terutamanya dalam niaga kau. Kalau kau tambah dua tiga bini maka lintang pukanglah kau punya keluarga dan perniagaan. Jadi saya pegang kepadanya kata-katanya itu.

“Sebab bagi saya, di dalam hidup ini kita hanya ada satu sahaja peluang untuk lakukan semua perkara. Bila sekali buat silap, kita kena hidup dengan apa yang pernah kita buat. Saya juga melihat daripada pengalaman. Dalam keluarga juga ada yang kahwin lebih daripada satu. Begitu juga dalam keluarga belah isteri.

“Daripada situ saya melihat ada betul apa nasihat yang diberikan bapa. Namun saya tidak nafikan ada yang boleh membawa rumah tangga poligami ini dalam perjalanan dengan elok. Cuma untuk diri saya, lebih baik dengan apa adanya saja. Berikan 200 peratus perhatian kepada seorang isteri,” katanya yang sinonim disapa sebagai Big Boss itu kepada MH.

IKLAN

“Kalau Tambah 2, 3 Bini Maka Lintang Pukanglah Kau Punya Keluarga Dan Bisnes,” – Suami Aleeya Ikut Nasihat, Ulas Isu Poligami

“Kalau Tambah 2, 3 Bini Maka Lintang Pukanglah Kau Punya Keluarga Dan Bisnes,” – Suami Aleeya Ikut Nasihat, Ulas Isu Poligami “Kalau Tambah 2, 3 Bini Maka Lintang Pukanglah Kau Punya Keluarga Dan Bisnes,” – Suami Aleeya Ikut Nasihat, Ulas Isu Poligami

Sementara itu, Aleeya turut memberikan reaksi selain menyentuh mengenai etika di dalam menggunakan media sosial.

IKLAN

“Bagi saya pula kalau yang berikan komen itu mengamalkan poligami dan dia okay, itu terserah. Cuma janganlah minta suami orang lain untuk berbuat perkara sama. Dia (suami) tidak terfikir, orang lain pula yang suruh kahwin lain. Kan tak bagus tulis komen sebegitu.

“Apa yang saya perhatikan, ada netizen sekarang yang menulis komen macam tak ada ‘filter’. Konsepnya macam, kita tak nampak anda siapa jadi boleh tulis apa sahaja di media sosial. Lebih baiklah kita berhemah, macam kita duduk bersebelahan. Mesti kena jaga adab dan sebagainya,” katanya lagi.

Terdahulu, mereka ditemui Majlis Pelancaran Cawangan Pertama Avenys di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada Ahad.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI