Pelakon Yana Samsudin terharu di atas penghargaan pihak Anggun Cotton Collection yang kekal percaya dengan pemilihan dirinya sebagai duta untuk kesekian kalinya.
Menurut Yana, 38, tiada resipi kejayaan spesifik yang membawa kepada kerjasama baik itu. Sebaliknya dia percaya usahanya dalam menggalas amanah sebaik mungkin membawa hasil yang positif.
“Alhamdulillah tahun ini menjadi tahun yang ketiga saya bersama Anggun Cotton Collection. Terima kasih kerana pihak mereka masih mempercayai kerja saya, mesti saya tidaklah kerap muncul di kaca televisyen.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya kepada MH.
Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Sementara itu, pengasas bersama jenama berkenaan, Tuan Mohd Shazrin Yahya pula senang dengan sikap dan karektor ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Kali pertama kami bertemu Yana ketika sebuah program di Negeri Sembilan dan pada waktu itu dia sedang mengandung. Saya ada beritahunya insyaAllah selepas ini mungkin kita akan bekerjasama dan sekarang inilah dia.
“Sebab kami meneruskan Yana sebagai wajah wakilan kerana kami senang dengan personalitinya. Malah dia pun tidak sombong selain pelanggan juga menyukainya. Kata mereka, Baju Kurung memang sinonim dengan Yana.
Ads
“Sampai ada yang cakap ‘Anggun Yana’. Jadi kita buat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan Yana. Nampaknya dia masih relevan dalam kalangan pengguna kita,” katanya.
Turut hadir pada majlis sama ialah barisan pengasas lainnya, iaitu Puan Noraini Hanipah, Puan Norafizah Hanipah dan Tuan Adzim Zakaria.
Bersempena dengan Siri Jelajah Suria yang dibawakan oleh Anggun Cotton Collection (Jelajah Suria Anggun Cotton Collection) mereka bakal menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan 80an, 90an dan terkini.
Lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists dan Khai Bahar bakal memeriahkan siri jelajah tersebut.
Ads
Artis lain yang turut serta termasuk Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, program itu adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan pendengar.
“Pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad,” katanya.
Anggun Cotton Collection turut mengeluarkan lima edisi khas yang hanya boleh didapati sepanjang siri jelajah tersebut berlangsung.
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan bermula di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu, diikuti Kedah (Aman Central, Alor Setar) pada 19 Februari, Pahang (Kuantan City Mall) pada 25 Februari dan Kuala Lumpur (Tropicana Gardens Mall, PJ) pada 4 Mac 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gila dan tak masuk akal itulah yang dikatakan oleh netizen apabila mengetahui kisah viral seorang lelaki yang berkongsi pengalaman memakan ikan Flower Horn goreng.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Othman berkongsi pengalamannya itu di Facebook.
Katanya, ikan tersebut mempunyai rasa yang sama seperti ikan talapia.
Malah, Firdaus juga sempat berkongsi sebuah video yang memaparkan proses persiapan untuk menyediakan hidangan Flower Horn goreng di akaun Facebook miliknya.
Tindakannya ini mendapat perhatian ramai sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen serta mencetuskan seri butanda tanya pada semua orang.
Melalui satu temuramah bersama Sinar Harian, Firdaus berkongsi apakah yang ada dibahagian benjolan ikan tersebut.
Katanya, benjolan itu hanya mengandungi lemak dan sedikit daging. Ia bersifat lembik seperti agar-agar tetapi agak kenyal.
“Rasa ikan itu seperti ikan tilapia tetapi lebih enak. Setakat ini, saya serta rakan tidak mengalami kesan sampingan selepas makan ikan tersebut.
“Bagi orang ramai yang tertanya-tanya apa kandungan bonjol di kepala ikan itu, terdapat kandungan lemak dengan sedikit daging dalam benjolan tersebut. Saya buang bahagian itu dan goreng bahagian badan ikan sahaja,” katanya.
Firdaus yang tidak meyangka kisahnya ini akan menjadi viral sehinggakan mendapat perhatian di seluruh dunia terutamanya negara jiran memberitahu sejak perkongsian ini diviralkan dia menerima pelbagai mesej dari serata dunia.
Nah ini dia beberapa gambar keadaan ikan tersebut.
Haish, hati kental betul lah brader ni.
SUMBER : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Baim Wong dan Paula Verhoeven, telah secara rasmi bercerai selepas proses perceraian yang bermula sejak Oktober 2024. Keputusan ini diumumkan oleh Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Suryana, pada Rabu lalu.
Suryana menjelaskan bahawa permohonan Baim Wong untuk menggugat cerai Paula Verhoeven yang diajukan pada 8 Oktober 2024 telah diterima oleh Majelis Hakim.
Proses perceraian ini berlaku selepas beberapa pertengkaran dalam rumah tangga dan isu orang ketiga yang disampaikan oleh Baim Wong di pengadilan, yang akhirnya terbukti sah.
“Dalam persidangan, dalil yang disampaikan tentang pertengkaran dalam rumah tangga mereka terbukti benar. Gugatannya serta permohonannya telah diterima oleh majelis hakim,” ujar Suryana kepada Grid.ID pada Rabu, 16 April.
Kehadiran Pihak Ketiga
Salah satu punca utama perceraian ini adalah hubungan luar yang melibatkan Paula Verhoeven dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai NS. Suryana menyatakan bahawa isu pihak ketiga ini telah terbukti di dalam persidangan.
“Berdasarkan bukti dan pengakuan dalam perbicaraan, pihak ketiga yang dimaksudkan oleh media, kami tidak boleh menyebutkan nama sebenarnya kerana perkara ini belum inkrah. Namun, lelaki dengan inisial nama NS itu disahkan oleh majelis hakim,” jelasnya.
Berkahwin pada 2018, mereka memiliki dua cahaya mata lelaki.
Dengan terbuktinya penglibatan pihak ketiga dalam rumah tangga mereka, Paula Verhoeven telah diisytiharkan sebagai isteri yang nusyuz. Dalam hukum Islam, nusyuz merujuk kepada isteri yang tidak menjaga kehormatan dalam perkahwinan dan dianggap bersikap derhaka terhadap suami.
“Keputusan ini menjadikan Paula Verhoeven sebagai isteri yang nusyuz, yang tidak berhak menerima nafkah iddah dan nafkah madiah. Dengan terbukti adanya pihak ketiga, haknya sebagai isteri yang akan diceraikan ditolak,” ujar Suryana.
Sebelum perceraian ini, Paula menuntut nafkah madiah sebanyak Rp100 juta setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan Rp800 juta kerana proses perceraian yang berlangsung selama 8 bulan.
Selain itu, Paula turut menuntut nafkah masa iddah sebanyak Rp200 juta sebulan, dengan jumlah keseluruhan Rp600 juta.
Namun, tuntutan ini tidak diterima oleh pengadilan selepas Paula disahkan sebagai isteri nusyuz. Nafkah yang dituntut ditolak berdasarkan ketentuan hukum Islam.
Suryana juga mengungkapkan bahawa hak penjagaan anak pasangan tersebut akan diberikan secara bersama-sama.
“Keputusan ini juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan menjaga anak mereka secara bersama, tanpa sebarang pertikaian,” tambahnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Iklan Hari Raya terbitan Bateriku.com yang menampilkan Amir Nafis, Pekin Ibrahim, dan Mona Allen mencuri perhatian apabila mengangkat kisah menyayat hati tentang trauma anak akibat perceraian ibu bapa.
Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan berjudul Battery Killer Raya itu turut dikongsikan semula di platform X, dengan ramai pengguna memuji mesej mendalam yang disampaikan.
Sebagai episod terakhir dalam siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar watak misteri yang sering merosakkan bateri kereta setiap kali musim perayaan.
Trauma Silam, Dendam Masa Depan
Dalam penceritaan dramatik ini, Amir Nafis membawakan watak Syawal, seorang individu yang secara sengaja ‘membunuh’ bateri kereta orang lain pada setiap musim perayaan. Namun, tindakannya bukan tanpa sebab.
Syawal mengalami trauma sejak kecil selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar hebat ketika perjalanan pulang ke kampung pada Hari Raya 15 tahun lalu. Punca utama pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian.
Kesedihan dan dendam terhadap insiden itu mendorong Syawal untuk melakukan perbuatan yang sama terhadap orang lain, sebagai simbolik kepada kesakitan yang pernah dialaminya.
Namun, dalam satu babak penuh emosi, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari betapa pertengkaran mereka telah memberi kesan mendalam kepada kehidupan Syawal.
Dipuji Warganet
Iklan ini mendapat pujian ramai kerana bukan sahaja mengetengahkan isu serius seperti kesan perceraian terhadap anak-anak, tetapi juga menekankan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.
Warganet turut menghargai kritikan sosial yang disampaikan, dengan ramai yang bersetuju bahawa pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan trauma jangka panjang.
Selain itu, ramai yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, di mana anak-anak sering menjadi mangsa apabila kisah rumah tangga ibu bapa didedahkan di media sosial.
Lebih daripada sekadar iklan, Battery Killer Raya dianggap sebagai peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak.
Ada juga yang berpendapat, anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, sebagaimana orang dewasa mahu dihormati.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!