Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia mencipta kenangan tersendiri bersama para peminatnya di negara ini apabila hampir 3,000 penonton menyaksikan persembahannya pada Konsert Ada Apa Dengan Melly? Live in Kuala Lumpur, malam tadi.
Selain naskhah kreatif yang disuntik dengan bait lirik puitis, figura ini turut ‘memancing’ perhatian penonton menerusi persalinan ‘eksentrik’ yang digayakan sepanjang hari pertama konsert.
Sebanyak empat rekaan busana bersilih ganti ditukar pada setiap segmen, Melly membuka tirai konsert tepat jam 9 malam dengan lagu Ingin Mencintai & Dicintai.
Tampil dengan pakaian unik berbentuk simetri beserta ‘birthday hat’ bersaiz besar, Melly kelihatan cukup ‘karnival’ dengan penampilannya itu.
Diselang-selikan dengan sesi menyapa peminat di Malaysia, ternyata pemilik nama sebenar Meliana Cessy Goeslaw, 49, ini mempunyai sifat humor yang cukup menebal hingga membuatkan ramai yang terhibur dengan celotehnya.
Antara lagu-lagu yang dimainkan pada segmen pertama seperti Tentang Dia, Pujaanku, Suara Hati Seorang Kekasih dan Bimbang.
Melly kemudiannya mengenakan pakaian serba hitam dan kemudian muncul yang kelihatan ‘sedikit normal’ dengan gaun kembang berwarna hitam sedondon dengan topinya.
Kemudian tampil pula dengan imej headgear ‘trojan’ yang dipadankan dengan persalinan perincian rona kelabu.
Ads
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Sebenarnya malam ini saya berdoa apa yang katakan akan difahami kamu-kamu di sini sebab kita ada sedikit perbezaan (bahasa) tapi bila datang tentang seni dan muzik, ia langsung ia langsung tidak mengenal apa itu perbedaannya.
“Macam kita tengok drama Korea dan Turki, kita faham dengan tengok subtitle, jadinya hasil karya seni itu memang boleh dinikmati semua, tidak ada halangannya.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Ads
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Mengimbau kenangan filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), Ratu Soundtrack (OST) ini kemudiannya menghangatkan pentas dengan lagu-lagu nostalgia seperti Tentang Seseorang, Jika, Gantung, Ratusan Purnama serta OST filem AADC, Ada Apa Dengan Cinta yang membawa nama Melly cukup dikenali di Malaysia.
Melly turut menyanyikan lagu-lagu yang diciptakannya untuk penyanyi lain bagi memberikan variasi mood pada malam konsert.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Menghampiri ke penghujung konsert, Melly tampil dengan lagu-lagu rancak seperti Ku Bahagia, Bagaikan Langit dan Tak Tahan Lagi yang mengajak penonton untuk sama-sama menari.
Ads
Menutup tirai dengan lagu Hanya Memuji nyanyian asal Marcell dan Shanty, ternyata penonton merasa cukup puas dengan persembahan 27 buah lagu dalam durasi masa tiga jam konsert berlangsung.
Konsert ini turut dihadiri VVIP iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Puteri Aishah dan Nuha Bahrin.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.
Malam kedua Konsert Ada Apa Dengan Melly?, hari ini turut berjalan di lokasi sama iaitu di Plenary Hall, KLCC.
Drama rantaian Nur 2 yang sedang rancak menjalani penggambaran turut memberi ruang buat para pelakonnya untuk memberikan dedikasi terhadap rakan pelakon lain.
Azhan Rani yang mendukug watak Ustaz Hamadi ada merakam kembali momen dirinya beraksi buat kali pertama dengan pelakon veteran, Noryati Taib.
Pada sama, pelakon itu turut memuji keberkesanan watak Noryati menerusi drama rantaian terbaru ini meski sedang bertarung dengan penyakit kronik.
“Syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan ini..perhatikan sosok tubuh ni walaupun dah makin kurus tak macam yang selalu kita biasa tengok di kaca tv dulu tapi masih mampu tersenyum..inilah @makuda_yati kali terakhir 2 tahun sudah kami bekerjasama dalam drama ramadhan berjudul #budakijat.
“Saat itu beliau masih gagah lagi walaupun sedang bertarung dengan penyakit kencing manis.. sudah mampu berjalan dengan kaki palsu.. yang merindukan @makuda_yati di kaca tv jangan lepaskan menonton #nur2 nanti,” tulisnya.
Pada masa sama, Azhan turut membayangkan watak yang dibawa pelakon lama itu berbeza dari kebiasaannya.
“Kali ini watak beliau lain dari yang lain.. lupakan makcik petir.. persembahan dia kali ni lain dan sangat menyengat.. saya berkesempatan tonton sedikit priview scene beliau.. tak banyak scene kami bersama dalam #nur2 ini.
“Namun hari ni dapatlah melepas rindu.. mohon yang menyayangi @makuda_yati ini sama2 doakan beliau terus ceria, kuat dan terus tabah menjalani hari2 beliau dan semoga mampu terus melepaskan rindu dan mencurahkan bakat beliau dalam drama tv dan filem.
“Semoga juga ketabahan dan ujian beliau menjadi ingatan dan panduan untuk kita agar mampu setabah dia andai tiba giliran kita diuji nanti.. we love you @makuda_yati,” kongsinya menerusi foto bertiga yang dikongsi menerusi Instagram.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang mendukung watak sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Menurut Intan, dia sebolehnya untuk cuba memberikan yang terbaik menerusi watak Siratul yang dibawa, sementelah drama tersebut merupakan naskhah yang diadaptasi daripada novel yang mempunyai ramai pengikutnya.
“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.
“Cabaran banyak sebenarnya, terkadang Siratul rasa gembira, kemudian sedih dan meroyan. Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.
Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.
Jelasnya, mereka berdua kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Kecoh beberapa hari lalu mengenai ahli perniagaan, Nur Sajat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana gagal menjelaskan cukai GST.
Bagaimanpun, usahawan sensasi itu telah pun membayar denda.
Selain kes berkenaan, netizen pada masa sama turut mempersoalkan perihal nama sebenarnya yang selama ini tidak pernah didedahkan mana-mana pihak.
Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai hal tersebut lalu ia seperti dizahirkan menerusi menerusi kapsyen yang dimuat naik Sajat menerusi Instagram.
Dipercayai, status itu mungkin ada kaitan dengan segala apa konflik yang berlaku terhadap dirinya.
Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali bekas penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah yang sebelum ini 'freehair' namun...