Pelakon Diana Danielle yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya, aktor Farid Kamil yang turut disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak-anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
Ads
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbaharu Imaginur yang ditayangkan 23 Februari depan, arahan Nik Amir.
“Saya berharap Imaginur berjaya menambat hati penonton, sebab saya tahu ini naskhah yang baik. Saya suka dengan skripnya namun saya tidak boleh nak kongsikan lanjut. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ‘plot-twsitnya’ memang mengujakan.
Ads
“Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda yang ‘berputar’ di luar kawalan dan cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.
“Ketika dia cuba mengenal pasti siapa wanita misteri terbabit, jejaka ini mula jatuh cinta dan belajar mengenali dirinya. Kena tonton untuk ketahui apa kesudahannya,” katanya.
Naskhah yang diterbitkan oleh oleh Lumatic Films ini turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat lain antaranya Beto Kusyairy, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Wani Kayrie akui agak ragu-ragu bila pertama kali ditawarkan untuk membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37).
Bagaimanapun, Wani menyifatkan peluang ini sebagai platform terbaik bagi menguji kemampuannya dan Syafiq untuk menyanyi di pentas besar.
“Saya tahu mengenai perkara ini minggu lepas dan Syafiq pula, sehari sebelum pengumuman SFMM37. Ini perbincangan diantara label rakaman Nova Music dan Rocketfuel.
“Keputusan telah seratus peratus dipersetujui oleh pihak mereka dan komposer. Mulanya, saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana ini lagu yang sangat berat. Reputasi penyanyi asal juga amat besar.
“Namun, kami melihat peluang ini dari sudut yang baik. Ia merupakan satu kepercayaan dan tanggungjawab buat kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ahmad Syafiq pula mendedahkan ada beberapa perkara yang bermain difikirannya sebelum memutuskan untuk menerima tawaran ini.
“Bila tahu yang saya harus menggantikan Hafiz Suip, saya ada terfikir juga macam mana kalau saya gagal untuk membawakan lagu ini nanti. Sudah tentu saya kena mengadap kecaman daripada peminat lagu ini.
“Namun, bila sudah berbincang dengan keluarga dan syarikat rakaman, lama kelamaan saya fikir ini merupakan platform yang sangat besar. Jadi, saya terima. Kalau bukan sekarang, bila lagi,” kongsinya.
Sementara itu, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu, dia dan Syafiq akan bertemu dengan Ernie dan Hafiz bagi mendapatkan nasihat berkaitan lagu Berakhirlah Pencarianku.
“Kita ada masa dua minggu sebelum SFMM37. Ini pun kali pertama saya dan Syafiq berjumpa. InsyaAllah selepas ini mungkin kami akan berjumpa dengan Ernie Zakri dan Hafiz Suip untuk dapatkan nasihat.
“Ini juga kali pertama kami menjejakkan kaki di pentas SFMM37. Kami amat memerlukan nasihat mereka. Kita akan buat konsep yang agak minimal tetapi tetap berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Wani tidak mahu terlalu selesa apabila pencipta lagu ini, Ikhwan Fatanna menganggap dia dan Syafiq mempunyai kualiti vokal yang tidak jauh beza dengan penyanyi asal.
“Saya boleh katakan vokal range saya lebih kurang sahaja. Saya pernah berguru dengan Ernie Zakri walaupun sekejap. Dia juga tahu range vokal saya macam mana.
“Keboleh Ernie adalah dari segi ‘head voice’ yang bagus dan suara saya pula besar tetapi strong juga. Saya kena tambah teknik untuk melembutkan suara saya bagi lagu ini.
“Saya tak nak merosakkan lagu orang. Namun, saya juga tak mahu jadi Ernie Zakrie nombor dua. Ada perkara yang harus saya seimbangkan. Itu antara cabarannya,” akhirinya.
Terdahulu, SFMM37 bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini, jam 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berseri-seri Zara Zya sekarang! Pernah menemani usahawan kosmetik Dato’ Alha Alfa ke majlis berprestij hingga nama Zara Zya sering dikaitkan dengan selebriti dan ahli perniagaan lelaki terkenal itu dek kerana statusnya yang masih bujang.
Cukup disiplin sebagai pelakon dan menjiwai watak yang diberikan sebaik mungkin, tidak hairanlah nama Zara Zya makin melonjak nai Malah, figura ini bukan saja dikagumi kerana bakat, tetapi kecantikan Zara turut menjadi bualan peminat.
Zara Zya Bukan Hanya Berbakat, Kecantikkan Jadi Siulan Peminat!
Walau kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit.
Bersandarkan status selebriti, Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak. Lebih-lebih lagi sejak berhijab, penampilannya menarik tumpuan ramai.
Ditemui dalam sesi fotografi bersama MH tidak lama dulu, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri.
Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah.
Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Pernah Berhabis Ribuan Ringgit, Demi Kecantikkan!
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar. Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini.
Selain sibuk dengan urusan seni dan bisnes, Zara juga antara selebriti yang aktif menyertai misi kebajikan dalam meringankan beban masyarakat kurang bernasib baik.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Fizo Omar mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.
Menerusi Insta Stories pada Jumaat, bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta peminat agar tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.
Malah Fizo, 36, turut memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.
“Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah sape sape. Kpd yg berkenaan stop gunakan nama org lain utk kepentingan peribadi!,” tulisnya.
Justeru, penjelasan yang dibuat Fizo setidak-tidaknya meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka sejak semalam.
Terdahulu media melaporkan, pengurus kepada aktor berkenaan, Mimi mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya berusia 25 tahun itudi Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Ia dilangsungkan secara tertutup kira-kira jam 10.00 pagi.
Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.
Pada Khamis, Fizo memuat naik fotonya yang mengenakan baju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus...