Baru sahaja menarik perhatian ramai pihak ketika membawakan lagu cover Flowers dan Made You Look, penyanyi, Datuk Aishah Ariffin sekali lagi menampilkan persembahan memukau menerusi lagu Korban nyanyian asal Ernie Zakri.

Jelas Aishah, dia amat seronok untuk membawakan lagu Korban ini kerana bait-bait liriknya yang sangat indah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Seronok nyanyi lagu ‘Korban’ by Ernie Zakrie a beautiful and meaningful composition. Hope I do the song justice,@ katanya.

“Terima Kasih, Amat Bermakna Buat Saya,” – Lepas Viral Lagu Flowers, Aishah Ariffin Cover Lagu Korban, Ernie Zakri Teruja “Terima Kasih, Amat Bermakna Buat Saya,” – Lepas Viral Lagu Flowers, Aishah Ariffin Cover Lagu Korban, Ernie Zakri Teruja

Sementara itu, nyanyian Aishah ini turut mendapat respon positif daripada Ernie.

“Terima Kasih, Amat Bermakna Buat Saya,” – Lepas Viral Lagu Flowers, Aishah Ariffin Cover Lagu Korban, Ernie Zakri Teruja

IKLAN

Jelas Ernie, ia merupakan satu penghormatan apabila idolanya sudi untuk menyanyikan semula lagunya.

“MasyaAllah. OMG, terima kasih banyak-banhak. Ia sangat bermakna buat saya. Datuk adalah sumber inspirasi saya. Love you always,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian Aishah selain turut berharap agar lebih banyak lagu cover dapat dihasilkan pada masa akan datang.

IKLAN

“Saya dari sekolah menengah sampai umur 45 tahun, saya minat dengan Aishah. Suara padu dan merdu. Cover lagu apapun sedap dengar.

“Suka Datuk menanyi lagu orang putih.

“Wow, Kak Aishah! Tahun 2023 masuk FYP Tik Tok sampai view 640k. Keep doing cover Datuk.

IKLAN

“Otai masih berbisa,” antara komen-komen netizen.

Sebelum ini, video cover lagu Flowers nyanyian Aishah telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan di Tik Tok.

Terdahulu, lagu Korban bakal dipertandingankan di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung Ahad ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI