Pelakon Norman Hakim mengakui reaksinya di dalam video tular yang dikongsikan menerusi TikTok bersama isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini bukan dibuat-buat.

Norman berkata, ia berlaku tanpa dirancang dan dia akui menerima reaksi pelbagai daripada netizen susulan video berkenaan.

“Ia berlaku secara spontan. Mereka kreatif dari berikan sudut pandangan (komen). Saya pun tak tahu nak kategorikan komen-komen itu sebagai apa.

“Tapi kita dapat bayangkanlah bagaimana mereka punya persepsi. Sudah tentulah ekspresi saya ketika itu tidak boleh nak menipu.

“Apa boleh buat, terima sahajalah, reda,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Apa Boleh Buat, Terima Sajalah,” – Norman Hakim Ulas Video Memey Duduk Mengejut, Hingga Capai 8 Juta Views “Apa Boleh Buat, Terima Sajalah,” – Norman Hakim Ulas Video Memey Duduk Mengejut, Hingga Capai 8 Juta Views

Mengulas mengenai reaksi netizen, bintang filem Pasrah ini terbuka dan menyerahkan kepada masing-masing untuk menilai sesuatu perkara.

“Komen-komen yang ditinggalkan itu memang di luar bidang kuasa kita. Malah saya sendiri kalau komen yang terlalu banyak, pun tak sempat nak baca semua.

IKLAN

“Terpulang kepada masing-masing punya persepsi,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 11 saat itu, Norman yang dilihat sedang duduk di atas sofa sambil bermain telefon tiba-tiba ‘diterkam’ Memey yang terus duduk di atasnya.

Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi susulan ekspresi spontan yang diberikan aktor berbadan sasa itu yang terkejut.

IKLAN

“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen pada video berkenaan.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 8 juta tontonan bersama ribuan reaksi yang ditinggalkan netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@normanhakim_786Dia main ‘henyakkk’ je tak bagi salam😵‍💫Sib baik sayang❤️

♬ original sound – Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI