“Jadi Hero Segala Bawang, Seronok Ke Mengadu Domba Dan Jadi Batu Api,” – Leez Rosli Tarbiah Siapa Tu?

Nampaknya kisah ‘drama’ semakin panas melibatkan pasangan suami isteri, Aepul Drama Band dan Leez Rosli kian hangat diperkatakan gara-gara muzik video lagu Drama dari Drama Band mendapat reaksi pelbagai.

Membalas komen yang ditinggalkan netizen menerusi media sosial di Instagram, isteri kepada vokalis itu ada berkongsi pula cetusan hati.

Leez menyatakan, sudah menjadi lumrah manusia suka mencari kesilapan.

“Berlumba-lumba nak betulkan kesilapan dan dosa manusia lain..kifarah itu,kifarah ini.. sampai terlupa kifarah utk yg sdg rancak menulis itu wujud jgk (REFLECT).

“Yg salah mmg tetap salah.. tp seronok ke mengadu domba dan jd batu api? Konon nak prihatin dgn memberi nasihat tapi dalam x sengaja terlibat jadi batu api plk,” luahnya.

IKLAN

Katanya lagi, setiap komen yang ditulis seolah-olah menempah tiket untuk bersama di ‘sana’ nanti.

Seronok yer bergaduh dlm comment2 Instagram sampai terlupa tutur bahasa masing2? Klu mcm tu,anda jgk menempah tiket bersama di ‘sana’ nanti..membuka aib itu adalah membuka rahsia yg tersembunyi (jika hakak silap,maafkan hakak) jd,rahsia apa sebenar nya yg dibongkar kan oleh mereka2 yg anda katakan bersalah..?”

Meskipun dipujuk untuk membuka ruangan komen, dia tetap enggan malah menyelar tindakan sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik.

Sama jgk dgn abg Bang Bang tu, konon kupas issue tp x tanya pun mana2 pihak dulu.. scroll la blk video2 awk.. kritik sana, kritik sini.. seronok jd hero segala bawang.. ? to those yg penasaran DM2 suruh akk bukak blk ruangan comment di ig hakak,plz duduk diam2.. muhasabah diri sama2.. yg dah DM memberi nasihat, hakak terima dgn hati yg terbuka..Rasulullah SAW bersabda;

IKLAN

“Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah” (HR Bukhari dan Muslim),” kata bekas pelajar Akademi Fantasia ke-4 ini.

View this post on Instagram

Berlumba-lumba nak betulkan kesilapan dan dosa manusia lain..kifarah itu,kifarah ini.. sampai terlupa kifarah utk yg sdg rancak menulis itu wujud jgk (REFLECT) . Yg salah mmg tetap salah.. tp seronok ke mengadu domba dan jd batu api? Konon nak prihatin dgn memberi nasihat tapi dalam x sengaja terlibat jadi batu api plk.. Seronok yer bergaduh dlm comment2 Instagram sampai terlupa tutur bahasa masing2? Klu mcm tu,anda jgk menempah tiket bersama di ‘sana’ nanti..membuka aib itu adalah membuka rahsia yg tersembunyi (jika hakak silap,maafkan hakak) jd,rahsia apa sebenar nya yg dibongkar kan oleh mereka2 yg anda katakan bersalah..? Sama jgk dgn abg Bang Bang tu, konon kupas issue tp x tanya pun mana2 pihak dulu.. scroll la blk video2 awk.. kritik sana, kritik sini.. seronok jd hero segala bawang.. ? to those yg penasaran DM2 suruh akk bukak blk ruangan comment di ig hakak,plz duduk diam2.. muhasabah diri sama2.. yg dah DM memberi nasihat, hakak terima dgn hati yg terbuka..Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah” (HR Bukhari dan Muslim)

A post shared by Leez Rosli Official (@leezrosli_officialmy) on

Terdahulu, muzik video Drama Band berjudul Drama mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan menyindir beberapa selebriti yang terlibat dalam kontroversi.

Foto – Instagram Leez Rosli