Pelakon dan pelawak, Zizan Razak secara berseloroh memberitahu ada cara untuk artis baru menjawab soalan daripada wartawan sekiranya mereka pergi ke kelab malam.
Katanya, sekiranya ada pihak media bertanya mengapa mereka pergi ke kelab malam, katakan sahaja kelab tersebut tidak dibuka pada waktu pagi.
Kenyataan lucu tersebut dimuat naik Zizan di laman Twitter miliknya.
Untuk artis baru yang tak tahu nak jawab bila wartawan tanya “kenapa awak pergi ke kelab malam?” Jawapanya “Bila saya pergi siang kelab tu tutup”
“Untuk artis baru yang tak tahu nak jawab bila wartawan tanya “kenapa awak pergi ke kelab malam?” Jawapannya “Bila saya pergi siang kelab tu tutup” tulisnya.
Ads
Tweet tersebut telah mendapat lebih 2,000 retweets dan hampir 4,000 tanda suka.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat tweet pelakon tersebut.
Ads
Ketika ditanya ke mana pula artis lama pergi pada waktu malam, ini balasnya.
Pelakon memey Suhaiza ada memuat naik video di Instagramnya baru-baru ini.
Video tersebut dirakam Memey secara diam-diam tanpa pengatahuan suami, Norman Hakim apabila dia sedang membuat ‘spot-cek’ sekiranya berlaku calar-calar pada kereta Memey.
“Paham tak perasaan tu Dalam seminggu 2,3 kali dia akan check kete sy.. Haha…
“Cuba mencari tanda2 baru pd kereta agaknya? Sbb dia tau isterinya terror sgt bawa kete? Ada masa lepas piawaian.. Ada masa tak? Tapi byk kali tak? Sbb calar2 yg kita pun tak pasti bila dapat?? Haha ampun suami ku cayang??? Kita kumpul byk 2… kalau betul2 sakit mata nnt kita cat k,” tulis Memey.
Sarat elemen emosi dan memori, Konsert Reunion Dewa 19 di Malaysia malam tadi nyata memberi 1001 momen tersendiri buat para peminat mereka.
Dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam, dianggarkan lebih 7000 penonton hadir memenuhi ruang stadium, termasuk rakan selebriti.
Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan persembahan hebat, meski tanpa vokalis terkini, Ahmad Dhani yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di negaranya.
Nak tahu siapa yang hadir ke konsert tersebut semalam? Jom stalk!
Terdahulu pada Isnin lalu, Mahkamah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahmad Dhani selepas bintang terbabit didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi antarabangsa, Camila Cabello tampil berhijab ketika mengunjungi sebuah masjid di Abu Dhabi baru-baru ini.
Momen indah itu dikongsikan penyanyi lagu Havana menerusi akaun Instagramnya.
“One of my favorite people Anthony Bourdain once said, “it seems that the more places I experience, the bigger I realize the world to be”-
“it’s so true, I love the feeling of being humbled by traveling to another place and experiencing a completely different culture, it makes you realize how small your world is in comparison to how big the world actually is; how you’re only living one version in a million of the human experience.
Foto tersebut melihatkan Camila berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi dengan mengenakan tudung berwarna hitam dan baju lengan panjang berwarna merah.
“But at the same time travel makes you realize we’re not really all that different. i wore a hijab to be respectful when visiting this mosque and at the store this really sweet girl helped me put it on.
“We didn’t speak the same language, but she was smiling as she helped me, and it felt like she was a close friend.
“I can’t really describe it, but experiences like this give me such a special feeling of being really close to and really loving people ? see you tonight, Dubai,” tulis Camila.
Dalam pada itu, Camila juga ada berkongsi beberapa keping foto yang melihatkan dia bergambar di sekitar Abu Dhabi.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.