Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tidak berhasrat untuk melancarkan sebarang produk bertemakan Palestin walaupun bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu negara bergolak tersebut.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, hal ini hanya akan mencetuskan konflik kerana merasakan agak mustasil untuk para pengusaha menyalurkan 100 peratus hasil jualan sebagai sumbangan.

“Ini Pandangan Peribadi, Bukan Nak Menilai Sesiapa,” – Fazura Pegang Prinsip, Tak Mahu Jual Tudung P@lestin

“Ini merupakan pandangan peribadi dan bukannya nak menilai sesiapa. Lagipun, bukan urusan kita nak menghukum dan kita juga tak tahu niat orang lain.

“Namun, saya rasa perkara ini agak pelik sedikit. Saya boleh sahaja nak jual tudung bermotifkan Palestin tapi nak berikan keuntungan 100 peratus tu, boleh ke?

“Kita tetap kena keluarkan modal. Sebagai pengusaha tudung, sudah tentu akan berlakunya konflik kepentingan. Mesti ada duit yang masuk ke kita.

IKLAN

“Jadi, saya menolak untuk berbuat sedemikian,” katanya kepada MH.

Isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Ngopi Bersama Fazura yang berlangsung pada Ahad.

Katanya lagi, dia mempunyai cara sendiri untuk menyampaikan sumbangan buat mangsa perang di Palestin.

“Ini Pandangan Peribadi, Bukan Nak Menilai Sesiapa,” – Fazura Pegang Prinsip, Tak Mahu Jual Tudung P@lestin

IKLAN

“Memang ada permintaan tapi ia bukan cara saya. Ia tidak selari dengan prinsip saya. Saya juga ada berikan sumbangan melalui platfrom-platform lain tapi tak perlulah kita sebutkan.

“Itu antara saya dan Allah. Kita gunakan senjata orang mukmin iaitu berdoa agar konflik dan keganasan di bumi Palestin segera berakhir,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fazura turut menyeru kepada semua pihak untuk terus memboikot dan memberikan tekanan kepada produk atau jenama yang mempunyai pertalian dengan Israel.

“Wajar kita boikot produk Israel. Apa sahaja produk yang menyumbang kepada Zionist untuk mereka gunakan bagi menghancurkan saudara kita di Palestin memang wajib diboikot.

IKLAN

“Walaupun ramai yang pandang rendah tapi cara ini telah terbukti. Saham mereka telah jatuh dan banyak kedai yang terpaksa ditutup. Ini adalah jihad kita,” akhirinya.

Terdahulu, Fazura baru sahaja melancarkan produk kopi terbaharu yang diberi nama Trully Caffe.

“Ini Pandangan Peribadi, Bukan Nak Menilai Sesiapa,” – Fazura Pegang Prinsip, Tak Mahu Jual Tudung P@lestin

Truffly Caffe hadir dengan dua perisa premium iaitu Cafee Latte dan Buttercream Latte.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI