Pelakon, Angeline Tan mahu memanfaatkan pengalaman masa lalu untuk membina keluarga bahagia bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon terkenal, Sabri Yunus.
Menurut Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline, dia juga sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang amat menyayangi dan memahaminya.
“Kami tidak pernah merancang apa-apa mengenai perkahwinan ini tapi kami percaya yang kami akan membina keluarga ini lebih baik daripada dahulu.
“Kami akan memanfaatkan segala pengalaman yang kita miliki. Kini kami dikurniakan pasangan yang sangat menyayangi, memahami dan baik.
“Kami juga percaya dengan doa-doa daripada kalian serta sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan peminat.
“Kami juga banyak berdoa untuk diri sendiri dengan harapan kami tenang dan bahagia selamanya,” katanya kepada MH.
Angeline dan Sabri ditemui ketika majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Rose Hall, Glo Mall Damansara, Selangor pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Sabri turut mendedahkan dirinya tidak pernah terfikir bahawa perkahwinannya ini bakal mendapat perhatian yang luar biasa.
“Saya mendoakan perkahwinan kami akan jadi semahal baju ini. Kami juga tidak menyangka orang ramai akan meraikan kami semeriah ini.
“Saya tak pernah merancang cuma kami pernah bergurau. Saya kata kepada Angeline, ‘Percayalah bila kita kahwin nanti, orang akan doakan kita’. Ternyata benar,” kongsinya.
Ditanya mengenai momen paling indah bersama Angeline selepas berumah tangga, pelakon drama Pok Ya Cong Codei itu mendedahkan isterinya itu tidak pernah berubah sejak mereka mula berkenalan hampir tiga dekad yang lalu.
Ads
“Secara mudahnya saya menjawab, tiada satu pun momen yang tak manis selepas mendirikan rumah tangga. Sentiasa manis. Persahabatan selama tiga puluh tahun itu juga manis.
“Bila masuk fasa bercinta, kemanisan itu bertambah. Bila berkahwin, ia kunci kemanisan sebenar. Yang pelik pula, belum lagi ditonjolkan.
“Seperti mana yang kami kenal, itulah yang dia tunjukkan selepas berkahwin. Bagaimana sifatnya dahulu, itulah juga dia sekarang,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Sabri akui menyesal kerana menunggu masa yang agak lama untuk memperisterikan Angeline.
Ads
“Kalau pernah terfikir, dah lama saya berkawin dengan dia. Saya takkan biarkan masa menduda berlalu 16 tahun. Memang ada rasa sikit menyesal kerana mengambil waktu yang agak lama.
“Namun, bila difikirkan balik, ada hikmahnya. Kalau kami berkahwin lebih awal, mungkin lain ceritanya,” akhirinya.
Pada 14 Oktober lalu, pasangan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sekadar info, Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 32, Syamimi, 30, dan Syazni, 28.
Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bila sebutsahajanamaselebriti popular, Ayda Jebat, single, Pencuri Hati pastiakanmenjadiantaraperkaraterawal yang terlintas di kepala. Malah, lagutersebutakansentiasamenjadikaryaikonikbuatpenyanyiberkenaan.
Lantaran itu, sebagaibuahtangankepadapeminat, Ayda turutmelancarkanlaguPencuri Hati versiterbaru yang berjudulPencuri Hati AidilfitribersempenakedatanganbulanSyawalbeberapaharisahajalagi.
Bukan setakatitu, Ayda siap ‘payung’ muzik video barulagi bagi single ini.
Vibe laguini pun meriahhabislebih-lebihlagibilakitadengarketikadalamperjalananpulangke kampung.
Istimewanya mengenai single Pencuri Hati Aidilfitriini, Ayda bersamaseoranglagiselebrititerkenal, Meerqeenturut berkongsiresipiminuman yang pastinyaakanmembuatkan para tetamu impressed.
Menerusi laman media sosial Twitter, pelakon Mimi Lana ada memberikan pendapat mengenai konsep ‘seniority’ yang berlaku dalam dunia lakonan.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, setiap pelakon harus menjaga sikap dan menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini berpendapat tidak sewajarnya untuk orang ramai terus menghukum dan memberikan perspektif negatif kepada pelakon baru.
“Pelakon baru ke, pelakon lama ke sama je. Masing masing kena jaga attitude and jadi contoh yang baik di set.
“Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama. Saya rasa Tak logic Kalau Kita nak hentam pelakon baru SAHAJA,” tulisnya.
Pelakon baru ke , pelakon lama ke sama je . Masing masing kena jaga attitude and jadi contoh yang baik di set . Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama . Saya rasa Tak logic Kalau Kita nak hentam pelakon baru SAHAJA .
“Jadi pelakon baru bukan ticket untuk bagi Alasan tak baca script atau memahami script, itu dah jadi tanggunjawab.
“Jadi pelakon lama pulak bukan ticket untuk selalu datang lambat dan belagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” tulisnya lagi.
Jadi pelakon baru bukan ticket untuk bagi Alasan tak baca script atau memahami script , itu dah jadi tanggunjawab . Jadi pelakon lama pulak bukan ticket untuk selalu datang lambat dan belagak merasa semua yang awak cakap itu betul .
Pelakon, Tengku Sarina Tengku Muzani atau lebih dikenali sebagai Kuna meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Nik Muhammad Hakimi Rizalman kini graduan setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dengan Kepujian dalam jurusan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Kuna menyatakan rasa syukurnya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram.
Pada masa sama, adik kepada pelakon Kuza ini turut berkongsi momen ketika anaknya sedang menerima skrol Ijazah tersebut, pada majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang ke-36, hari ini.
“Tahniah abang @nickhakimi berjaya Dunia Dan akhirat, skejap jer masa berlalu.
“Umi doakn abang Kimi tabah dalam meneruskn kehidupan di masa akan datang terus ingat Allah s.w.t aamiin Luv u abang @nickhakimi,” tulisnya.
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...