Tahniah diucapkan buat pasangan duo, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran yang diumumkan sebagai pemenang Duo Terbaik mingguan Famili Duo musim tiga (FD3), pada Ahad.
Pasangan sepupu ini sukses meraih markah sebanyak 62.5 peratus selepas menerima reaksi positif dua juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu.
Atas kemenangan tersebut, Haqiem dan Ariff berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Ads
Haqiem dan Ariff mempersembahkan lagu Janam Janam, Goyang Inul dan Cintaku 100% bagi menyempurnakan tema minggu ini, iaitu Dangdut/Hindustan.
Ads
Kemenangan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk memilih tema bagi minggu hadapan iaitu Idola/Legenda.
Sementara itu, Sharif & Syaiful Zero menduduki tempat kedua, diikuti Ryan & Adam Bakery, Tom & Fuad Rahman, Syahir & Shila Amzah dan Adira & Emma Suhaimi.
Ads
Famili Duo 3 disiarkan secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya cuba memisahkan anak perempuannya, Ameena dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri.
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, tidak pernah telintas difikirannya untuk berbuat sedemikian namun, dia juga tidak mahu haknya sebagai seorang bapa dinafikan.
“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah. Salah ke seorang ayah yang nak bersama dengan ananya?
“Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insyallah Ameena, daddy jumpa awak nanti,” tulisnya.
Kenyataan yang dikongsikan di Instagram Stories itu merupakan respon balas Fizi terhadap komen daripada seorang netizen.
Malah, penyampai radio Hot FM ini juga agak kecewa dengan saranan netizen tersebut yang memintanya untuk hanya memberikan fokus terhadap keluarga baharu dan membiarkan anaknya itu kekal bersama ibunya sahaja
“Tolong la korang, sebelum bercakap, tolong banyak membaca dan ambil tahu fakta.
“Kadang apa korang cakap melanggar fakta dan itu lagi menyedihkan. Saya pun tak bagus dalam agama tapi apa yang basic, in sha Allah saya ambil tahu,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Fizi telah meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk bertemu dan menghadiri majlis graduasi di pransekolah anaknya tidak kesampaian.
Ia susulan selepas Ameena dikatakan tidak menghadirkan diri di majlis berkenaan.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fizi memaklumkan dirinya juga tidak mengetahui keberadaan anaknya ketika itu.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Fizi kini menyerahkan hal tersebut kepada peguamnya untuk melakukan siasatan lanjut.
Sekadar informasi, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular sebuah klip di media sosial yang memaparkan kegagalan beberapa finalis Hero Dewi Remaja menjawab soalan cepumas berkaitan maksud pepatah Melayu.
Hal tersebut telah menyebabkan finalis tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen.
Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Hero Remaja 2011/12, Fattah Amin menyifatkan situasi itu sememangnya normal buat para pendatang baharu.
“Mungkin mereka terlalu gemuruh. Sewaktu saya bergelar artis baharu dahulu, saya juga tak biasa bila berhadapan dengan soalan media dan kamera tertumpu kepada kita.
“Pada waktu itu, saya baru tamat pengajian di universiti. Jadi, bila gemuruh, akan keluar kenyataan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon, Nur Fazura itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Ngopi Bersama Fazura yang berlangsung pada Ahad.
Pada masa sama, Fattah turut mengingatkan pada pendatang baharu untuk sentiasa membuat persediaan dan memantapkan diri dengan ilmu.
“Bagi saya, hal itu merupakan perkara normal. Namun, sudah tentu ia lebih bagus jika pendatang baharu ini ada buat persediaan untuk bergelar anak seni.
“Bila mereka membuat persiapan rapi, secara tidak langsung ia akan membuat pihak media, peminat dan orang luar berasa lebih kagum. Mereka juga akan lebih hormat,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini turut menasihatkan para pendatang baharu untuk tidak mudah mengalah dan belajar melalui pengalaman.
“Pendatang baharu ini boleh dikategorikan kepada dua. Pertama, mereka yang dikurniakan bakat semulajadi dan tak perlu belajar.
“Bila di hadapan kamera, bakat mereka berlaku secara natural. Sebagai contoh, Beto Kusyairy dan Bront Palare.
“Namun, saya bukan begitu. Saya perlu belajar dan perbaiki melalui pengalaman. Jadi, nasihat saya, jangan cepat mengalah. Kritikan itu merupakan perkara biasa bila baru bergelar anak seni.
“Jangan kecewa dengan kritikan dan teruskan belajar. Proses itu yang akan membuatkan kita lebih baik untuk menghasilkan karya yang diminati ramai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nunjuk riak mahupun berlagak tapi saya cuma nak berkongsi bagaimana saya hargai sangat-sangat apa mama buat untuk saya.
“Mama saya sorang ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan tujuh orang anak. Cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua
“Bila dia cari duit sana sini dan saya pun tolong mama dan bagi semua apa yang saya mampu sebagai seorang anak,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama Uqasha turut menghargai usaha ibunya untuk membahagiakan anak-anak.
“Tapi bila dia ada lebih je dia balik Kelantan semata-mata nak kejutkan saya dengan hadiah ni. Mengalir air mata sebab saya tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak-anak.
“Terima kasih banyak mama. Saya sayangkan mama bukan sebab emas berlian tapi bagaimana mama menunjukkan kasih sayang.
“Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga Uqasha sekeluarga sentiasa diberkati Allah.
“Saya menangis tengok. Semoga mak kamu sentiasa sihat bahagia. Sama juga dengan Uqasha.
“Sebak tengok. Itulah orang cakap, kasihnya ibu tiada sempadan walaupun kita sudah besar panjang. Kasih sayangnya tidak pernah berubah. Doa ibu menjadi pemangkin kejayaan anak-anak.
“Kuasa seorang ibu memang luar biasa. Susah macam mana pun tetap gagahkan demi anak-anak.
“Hadiah yang terbaik adalah daripada ibu sendiri,” antara komen-komen netizen.
Pada masa sama, Uqasha turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan keluarganya itu datang daripada golongan berada.
“Mak saya bukan orang kaya atau berduit. Mak saya ibu tunggal. Kami sudah lama hidup berdikari sebagai perempuan. Tak mengharapkan sesiapa selagi Allah beri kudrat untuk bekerja,” jelas Uqasha.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Uqasha itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.