Duo finalis Ikmal Amry dan Hakimi Noordin mencipta kejutan tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara sulung program realiti, Maskulin Who’s Your Bro.

Kejayaan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000 serta trofi kemenangan.

Gandingan pelakon dan model ini mencipta kemenangan dramatik menerusi cabaran penentuan pemenang, iaitu menarik kereta pacuan empat roda atau ‘Tug of War’ di Grand Final Challenge, meskipun tewas pada pusingan awal kepada duo Saddam Pittli dan Dr. Shazif.

Rasa Macam Mimpi!

Ikmal menyifatkan kemenangan tersebut sebagai berbaloi, selepas mengharungi pelbagai cabaran sepanjang saingan walaupun berdepan saingan sengit daripada peserta lain.

“Rasanya seperti mimpi. Kalau melihat semula perjalanan kami sejak masuk ke program ini, kami hampir tersingkir. Pada episod akhir ini pula, cabarannya sangat susah.

“Saya pun tak tahu dari mana datangnya tenaga ini. Alhamdulillah kami dapat selesaikannya dan bergelar juara,” katanya kepada MH.

Ads

Semangat Juang Yang Tinggi

Sementara itu, Hakimi menyifatkan semangat juang tinggi yang ditunjukkan sejak awal program menjadi kunci sukses untuk bergelar juara.

“Saya masih tak percaya. Pada awalnya, sasaran saya adalah untuk ke pusingan akhir sahaja. Namun, alang-alang dah sampai final, kita berikan yang terbaik.

“Bila masuk pusingan akhir ini, kita tiada pilihan lain selain menang,” katanya.

Tambah Ikmal lagi, kemenangan ini sekali gus dapat menutup mulut segelintir pihak yang merasakan gandingannya bersama Hakimi hanya menjual ‘muka’ semata-mata di program ini.

Ads

“Rezeki Allah yang bagi. Bukan orang luar yang tentukan. Anda tidak tahu apa usaha yang kami telah lakukan. Kami training bersusah payah untuk mendapatkan gelaran ini.

“Bila di sini, kami bukan nak main-main atau kejar glamour. Kami letak sepenuh hati di sini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Tiga Pasangan Buru Kejuaraan

Terdahulu, tiga pasangan ‘bro’ berentap di episod akhir ini iaitu Ikmal & Hakimi, Saddam Pittli & Dr. Shazif Othman dan Theebaa G & Syafiq Johari.

Kesemua mereka perlu mengharungi pusingan Priliminery Round yang sememangnya menguji semangat setia kawan dan kekuatan mental serta fizikal

Ads

Pada pusingan Priliminery Round, tiga pasangan ‘bro’ ini perlu melengkapkan tujuh cabaran iaitu Tyre Flip (50 kali), Burpees Box Jump (100 kali), 30Kg Walking Lunges (50 meter x 4) Rope Climb, Farmers Carry, Cable Roller Balancing dan Chop the Log.

Dalam pada itu, program Maskulin Who’s Your Bro turut menampilkan empat personaliti terkenal yang dipilih sebagai komentator untuk setiap cabaran yang dilalui oleh peserta.

Empat personaliti tersebut ialah Hariz Hamdan, Siti Khadijah, Dr. Say Shazril dan Mat Redho.

Maskulin Who’s Your Bro telah berjalan selama 10 episod dan ditayangkan di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI