Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada penyanyi terkenal, R. Kelly. Dia akhirnya telah disabitkan kesalahan atas jenayah pemerdagangan seks yang telah dilakukan lebih dua dekad lamanya.

Setelah dua hari bersidang, seramai tujuh juri lelaki dan lima juri wanita mendapati Kelly, 54, bersalah atas kesemua sembilan tuduhan, termasuk pemerasan, pada hari kedua perbincangan mereka.

Penyanyi ‘I Believe, I Can Fly’ Disabit Kesalahan Isu Pemerdagangan Seks
Sumber gambar: NME

Dalam laporan AP news, penyanyi tersebut dilihat mengenakan topeng muka bersama kacamata berbingkai hitam, tidak bergerak dengan menunduk ke bawah ketika keputusan dibacakan di mahkamah persekutuan di Brooklyn.

Barusan juri mendapati Kelly atau nama sebenarnya, Robert Sylvester Kelly merupakan seorang ketua skim ganas yang memperdaya wanita dan kanak-kanak untuk didera secara seksual olehnya.

IKLAN

Selain dirinya, beberapa pengurus dan dan pembantu turut disabitkan kesalahan kerana membantu penyanyi tersebut untuk berjumpa dengan wanita dengan membuat mereka tenang dan patuh kepada arahan yang diberikan. Berikutan ini dua orang telah didakwadalam sebutan kes berasingan yang ditangguhkan di Chicago.

Penyanyi ‘I Believe, I Can Fly’ Disabit Kesalahan Isu Pemerdagangan Seks
Gambaran pelukis suasana di dalam mahkamah. Sumber gambar: reuters/BBC

Untuk sesi perbicaraan penyanyi yang pernah bergelar suami kepada mendiang Aaliyah ini, seramai 11 orang penuduh terdiri dari sembilan wanita dan dua lelaki terlibat dalam perbicaraan yang memakan masa enam minggu itu. Mereka menggambarkan jenayah yang dilakukan oleh penyanyi tersebut termasuklah kelakuan penghinaan dan keganasan seksual.

IKLAN

Seorang wanita yang memberi keterangan di dalam kes ini menyatakan yang dirinya telah dipenjarakan, dibius dan diperkosa. Wanita yang dikenali sebagai Sonja itu mengatakan dalam satu kenyataan bertulis selepas keputusan bahawa dia “bersembunyi” dari Kelly kerana ancaman yang dibuat terhadapnya sejak dia tampil membuat pertuduhan terhadap penyanyi itu secara umum.

Sumber: APnews & BBC

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI