Pelakon terkenal, Michelle Trachtenberg, yang popular menerusi siri Buffy the Vampire Slayer dan Gossip Girl, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 39 tahun.
Menurut sumber, Michelle ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya sekitar jam 8 pagi Rabu lalu di One Columbus Place, sebuah pangsapuri mewah 51 tingkat yang terletak di kawasan eksklusif Central Park South, Manhattan.
Difahamkan, pelakon itu telah menjalani pemindahan hati dalam tempoh kurang setahun lalu, namun tubuhnya dikatakan gagal menerima organ tersebut, menyebabkan beliau meninggal dunia secara semula jadi.
Pihak polis NYPD mengesahkan bahawa Michelle ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang wanita mengalami serangan jantung.
Tiada unsur mencurigakan dalam kematiannya dan pihak berkuasa masih menunggu laporan rasmi daripada pemeriksa perubatan bagi mengesahkan punca sebenar kematian.
Ads
Gambar terkini Michelle yang dikongsikan sekitar dua minggu lalu di Instagramnya.
Mewakili pihak keluarga, wakil perhubungan awam pelakon itu, Gary Mantoosh, turut mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum.
“Dengan penuh rasa sedih, kami mengesahkan bahawa Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Keluarga beliau memohon diberikan ruang dan privasi dalam menghadapi detik sukar ini,” ujarnya.
Ads
Dilahirkan di New York City pada 11 Oktober 1985 dan dibesarkan di Sheepshead Bay, Brooklyn, Michelle mula mencipta nama dalam industri hiburan sejak usia muda. Kariernya bermula ketika berusia 9 tahun menerusi siri The Adventures of Pete and Pete di Nickelodeon.
Namanya terus melonjak naik apabila membintangi filem Harriet the Spy pada tahun 1996 sebagai pemegang watak utama.
Ads
Menjejakkan kaki ke dunia lakonan dewasa, Michelle mula mengambil watak yang lebih matang. Ini termasuklah sebagai Dawn Summers dalam siri Buffy the Vampire Slayer, serta watak antagonis ikonik Georgina Sparks dalam siri terkenal, Gossip Girl.
Kedua-dua karakter tersebut menjadi antara karakter ikonik lakonannya yang diingati ramai sehingga hari ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Saharul Ridzwan ada memuat naik video terbaru di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut memperlihatkan Saharul sedang bersiap sedia untuk membuat video ucapan khas bersempena Ramadan buat para pengikutnya di media sosial.
Bagaimanapun, pembikinan video tersebut dilihat tergendala seketika selepas ditegur oleh isterinya yang ‘mushkil’ melihat si suami yang mengenakan sepersalinan baju melayu lengkap beserta songkok di rumah.
“Yang, kenapa pakai songkok dengan baju melayu dekat rumah?
“Awak jangan main-main,” katanya.
Menurut pelakon Korban Kasih itu lagi, macam-macam hal yang telah berlaku di media sosial ketika ini sehingga videonya buat peminat pun boleh disalahertikan.
“Betul ke yang online-online tu?
“Nak buat ucapan puasa pun kena banyak soal ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah comel pasangan tersebut selain turut menasihati Saharul supaya jangan ‘cari pasal’.
Terdahulu, Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Amir telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Malah, Deena juga kini sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memetik artikel Berita Harian, penyanyi Lufya Omar mengakui tidak pernah menerima sebarang lafaz cerai menerusi aplikasi Whatsapp seperti yang didakwa suami, Dr Che Muhammad Hafiz.
Malah, dia mengakui bingung dengan penjelasan suaminya kepada media sebelum ini yang menjelaskan dia sudah melafazkan cerai ke atas isteri menerusi aplikasi berkenaan.
“Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.
“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” katanya dipetik.
Dia turut memohon agar suami mengikut saluran yang betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
“Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.
“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,” katanya.
Bintang Akademi Fantasia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Foto : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian bintang versatil, Adibah Noor pada petang Sabtu sememangnya merupakan satu kehilangan besar buat industri seni.
Ketika ini kisah kematian penyanyi berusia 51 tahun itu terus diperkata ramai orang, lebih-lebih di platform media sosial.
Ketika hayatnya, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini dilihat cukup aktif di laman Twitter.
Meninjau ke aplikasi sosial itu, antara ciapan terakhir yang diciap arwah adalah ucapan memohon maaf kerana dia tidak dapat membantu atas kekangan sendiri.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan. Moga Allah permudahkan urusanmu,” ciapnya baru-baru ini.
Selain itu, Allahyarham juga turut membuat kiriman salam takziah buat keluarga Allahyarham pelawak lagenda, Hamid Gurkha yang meninggal dunia pada Selasa lalu.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang didiagnosis pada tahun lalu.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada pagi Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...