
Penyanyi dan pempengaruh, Agy teruja apabila bakal melancarkan lagu raya sendiri yang berjudul ‘Cerita Raya Agy’ pada 28 Febuary ini.
Menurut Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, lagu ini bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi juga ahli keluarga lain yang pernah viral menerusi video ‘Alamak Raya’ pada tahun lepas.
“Tahun lepas, saya viral dengan lagu orang. Jadi, tahun ini saya putuskan untuk keluarkan lagu sendiri untuk memberikan sesuatu yang baharu.
“Seperti yang semua tahu, saya viral disebabkan video bersama keluarga. Untuk lagu baharu ini, saya bawa sekali keluarga dan mereka turut sama menyanyi.
“Muzik video juga saya melibatkan seluruh ahli keluarga. Lagu ini bakal dilancarkan di seluruh platform digital pada bulan ini,” katanya kepada MH.
Bawa Mesej Kekeluargaan
View this post on Instagram
Menerusi video teaser yang telah dikongsikan di platform media sosial, Agy memaklumkan lagu ini mengangkat mesej tentang kekeluargaan.
“Video teaser memang meriah. Momen-momen itu akan kita kongsikan dalam muzik video. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah untuk kita sama-sama meraikan Hari Raya bersama keluarga.
“Mungkin ada pihak yang tidak pernah merasa. Jadi, saya bawa pengalaman itu di dalam lagu saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Uno Dos Tres ini turut mengakui dirinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala reaksi netizen bila lagu tersebut dilancarkan nanti.
“Mengenai komen-komen yang tak berapa best itu, pada saya, itu normal. Biasalah ada yang suka dan ada yang tidak. Mesej yang ingin saya sampaikan itu lebih penting daripada apa yang disampai-sampaikan,” katanya.
Harap Lagu Viral Dan Diterima Ramai
Dalam pada itu, Agy turut bergarap agar lagu raya ini dapat diterima ramai dan mencipta impak yang positif.
“Sudah tentu saya nak lagu ini viral. Malah, setakat ini, sudah ada pendengar daripada Indonesia yang bertanyakan tentang lagu ini.
“Mungkin lagu ini tidak akan viral seperti tahun lepas, sekurang-kurang anda dapat mendengar produk saya sendiri.
“Tak viral pun tak mengapa asalkan diterima,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto & Video: Instagram Agy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI