
Usahawan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Adnan Abu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di atas segala tindakan dan keterlanjuran katanya di platform media sosial, sebelum ini.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red menerusi satu hantaran video di aplikasi Tik Tok.
“Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguamnya.
“Permohonan maaf ini ikhlas daripada saya di atas sifat keterlanjuran saya di media sosial secara langsung ataupun tak langsung,” katanya.
Menerusi video berdurasi 47 saat itu, Adnan turut berharap agar permohonan maaf ini dapat menamatkan persengketaan diantara dirinya dan Adira.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan fokus untuk sama-sama membesarkan anak-anak walaupun dia dan Adira kini sudah tidak bersama lagi.
“Diharapkan dengan permohonan maaf ini, kita dapat tamatkan perbalahan dan boleh berunding tentang cara bagaimana untuk kita membesarkan dan mengaja anak-anak dengan haluan masing-masing,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.
Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang.
Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.
Dia juga turut hadir ke program Talk To My Manager 2 dua minggu lalu untuk memberi sokongan terhadap anaknya, Anggrek selain ingin memohon maaf kepada Adira atas kekhilafan yang berlaku di mahkamah semasa prosiding pengesahan rujuk mereka baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Datuk Red & Instagram Adira