Penyanyi, Stacy mengakui sangat teruja apabila menjadi salah seorang peserta yang bersaing di peringkat Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang berlangsung baru-baru ini Sri Pentas 2, Shah Alam.

Katanya, momen kali ini juga agak istimewa kerana dia bertanding dengan suaminya sendiri, Akim Ahmad menerusi lagu Stereotype bersama Akim & The Majistret.

“Kali ini teruja lebih sikit tapi rasa gementar itu tetap ada. Lagi-lagi bersaing dengan suami sendiri.

“Kami di rumah pun praktis sendiri-sendiri aja, tak ada nak bantu sebab bersaing kan? Kadang-kadang itu adalah lihat dia praktis lepas tu bila bagi cadangan ke apa, dia tak mahu dengar, katanya sebab bersaing,” katanya kepada MH.

[GAMBAR] “Praktis Sendiri-Sendiri Aja,” – Stacy Kongsi Pengalaman Bersaing Dengan Suami Sendiri, Akim Memang Ada Perangainya Sendiri!

IKLAN

Sementara itu, Stacy juga berkongsi rasa bangga dengan pencapaian suaminya yang merupakan salah seorang pencipta lagu Bunga nyanyian Ara Johari terpilih sebagai lagu terbaik minggu kedua, SFMM33.

“Saya tumpang gembira untuk dia, ‘happy’ sekali untuk Ara, siapa yang tak happy kan? Dapat lagu terbaik kan. Itu merupakan satu penghargaan besar,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Stacy yang lama tidak menyertai SFMM mengakui ada harus berusaha lebih dalam persembahannya itu.

IKLAN

[GAMBAR] “Praktis Sendiri-Sendiri Aja,” – Stacy Kongsi Pengalaman Bersaing Dengan Suami Sendiri, Akim Memang Ada Perangainya Sendiri!

“‘Passion’ itu ada tapi badan tak sama, jadi kena lebihkan dari segi latihan, jadi banyakkan gim, dan juga praktis menari juga. Seminggu adalah 2-3 kali berlatih.

“Berat badan pun ada juga turun dalam 3 minggu ini. Saya tak sempat timbang sebab alat penimbang rosak, tapi bila praktis tu, dapat rasa badan macam ringan sikit,” kongsinya lagi.

IKLAN

[GAMBAR] “Praktis Sendiri-Sendiri Aja,” – Stacy Kongsi Pengalaman Bersaing Dengan Suami Sendiri, Akim Memang Ada Perangainya Sendiri!

Stacy mempertaruhkan lagu Cakap Ke Tangan dalam SFMM33. Keputusan barisan lagu mana yang layak bertanding di pentas AJL33 akan diumumkan pada minggu ketiga SFMM33 yang diadakan pada 23 November ini.

[GAMBAR] “Praktis Sendiri-Sendiri Aja,” – Stacy Kongsi Pengalaman Bersaing Dengan Suami Sendiri, Akim Memang Ada Perangainya Sendiri!

Foto/Instagram: Stacy & Akim Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI