Beberapa hari lepas, sebuah portal hiburan telah memuat naik video yang memaparkan sekumpulan individu datang untuk menziarahi pelakon cilik, Puteri Balqis.
Bagaimanapun, kehadiran kumpulan individu berkenaan telah menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka dilihat seperti mengambil kesempatan diatas situasi tersebut.
Meskipun mahu menyampaikan sumbangan, individu tersebut telah bertindak memaparkan keadaan Balqis yang sedang terlantang dan tidak bermaya.
Ads
Pelakon cilik PUTERI BALQIS sedang sakit.Alhamdulillah, team Amirna datang ziarah dan memberi sumbangan. Semoga cepat sembuh.Amirna Pills HQ Kilang Gurun..
Terdahulu, Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Television Asia ke-19 itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan tidak menentu sejak akhir tahun lalu dan sering dimasukkan ke hospital.
Video: Facebook Rotikaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, pelakon Hannah Delisha sering dilabelkan sebagai ‘barbie doll hidup’ dek hidungnya yang mancung dan wajahnya yang comel.
Terbaru, Hannah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya yang melihatkan dia sedang mempromosikan baju tidur bercorak buah strawberi.
Pereka Itali jenama Dolce & Gabbana (D&G) berdepan dengan kritikan hebat di Shanghai, China berikutan kempen iklan terbarunya yang dikatakan ada hubung kait dengan isu perkauman.
Difahamkan, pereka fesyen itu sepatutnya melangsungkan ‘fashion show’ di Shanghai semalam. Bagaimanapun, ia terpaksa membatalkannya di saat akhir kerana berpunca dari masalah yang tercetus.
Kisahnya bermula awal minggu ini apabila D&G memuat naik tiga video di media sosial Instagram dan Weibo menunjukkan model Asia makan makanan Itali seperti pasta dan piza menggunakan chopstick.
Menurut media tempatan, Jing Daily, video tersebut mempunyai banyak kesalahan dari segi ‘tona dan juga rasa’. Tambahnya lagi, video itu juga turut merosakkan budaya China yang sudah berabad-abad lamanya dengan menggambarkan wanita cina secara stereotaip dan juga perkauman.
Dalam pada itu, penggunaan ‘chopstick’ dalam kempen itu juga dilihat tidak wajar dan biadap kepada kaum Cina.
Lebih memburukkan keadaan apabila DM antara Diet Prada dan Stefano Gabbana turut tersebar di media sosial, menunjukkan bahawa pereka fesyen itu tidak mengaku kesalahannya dan tetap dengan pendiriannya.
Ternyata ia lebih menambahkan kemarahan masyarakat. Namun pihak label fesyen berkenaan menjelaskan bahawa akaun Instagram itu telah digodam dan mereka sudah pun mengeluarkan kenyataan maaf.
Sebelum ini, D&G juga pernah berdepan dengan skandal sama pada tahun 2016 apabila salah satu koleksi kasut musim bunga/panasnya dikatakan sebagai ‘sandal hamba’.
Sumber: BBC & PinkVilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.